• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Saham Small-Cap

in Market Update
A A
Aktiviti Belian Ketika Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Julai — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini, dipacu prestasi kaunter bermodal kecil dan indeks penjagaan kesihatan ketika pelabur beralih kepada saham bermodal kecik dan sederhana.

Pada 09.04 pagi, FBM Ace naik 0.77 peratus manakala FBM MSCS menokok 1.2 peratus.

Kaunter penjagaan kesihatan terus mencatat momentum pengukuhannya, didorong oleh saham-saham farmaseutikal ketika ia mencatatkan jumlah nilai dagangan terbesar sebanyak RM93.06 juta.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka menokok 0.35 mata kepada 1,587.33.

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 260 berbanding 102 manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,345 tidak didagangkan dan 16 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 912.44 juta unit bernilai RM269.47 juta.

Sementara itu, seorang penganalisis ekuiti berkata saham-saham farmaseutikal itu menyaksikan peningkatan sejak semalam, didorong oleh sentimen optimis mengenai penemuan vaksin (COVID-19).

“Pharmaniaga, Duopharma, Kotra dan Apex telah mencatat prestasi kukuh dan dijangkakan kaunter berkenaan akan meneruskan momentum sepertimana yang diraih oleh sektor sarung tangan getah.

“Bagaimanapun, memandangkan ini hanya membabitkan penggiat tempatan, pergerakan itu tidaklah mendadak seperti yang dialami sektor sarung tangan,” katanya.

Bagi saham bermodal kecil dan sederhana, beliau berkata pelabur kekal optimis dengan kaunter baharu juga mencatat kenaikan sejak disenaraikan.

Menurutnya, pelabur institusi juga kekal optimis terhadap prestasi pasaran dengan kaunter yang baharu disenaraikan turut mencatat kenaikan positif.

Syarikat yang baharu disenaraikan di pasaran ACE hari ini yang mewakili sektor pembinaan, kumpulan TCS merekodkan kenaikan 152 peratus sejak dagangan dibuka apabila ia menokok 35 sen kepada 58 sen.

Mengulas prestasi KLCI, firma pembrokeran Malacca Securities dalam nota penyelidikannya hari ini berkata indeks itu dijangkakan kekal dalam peringkat konsolidasi ketika aliran peningkatan yang dipacu oleh kaunter sarung tangan, berkemungkinan reda.

“Pada masa sama, penilaian lebih tinggi akan memacu peningkatan pada masa ini. Namun, pasaran yang didorong oleh mudah tunai mencukupi akan terus menyediakan lebih banyak peluang dagangan apabila aktiviti belian secara bergilir-gilir mendominasi senario pasaran semasa,” katanya.

Dari segi penilaian teknikal, keadaan tidak menentu kebelakangan ini berkemungkinan akan memanjangkan tempoh konsolidasi dengan paras rintangan kekal pada 1,615 dan seterusnya pada 1,620.

Paras sokongan pula dijangkakan pada 1,560 dan seterusnya 1,530.

Saham wajaran tinggi menyaksikan hampir dua pertiga komponen indeks tidak diniagakan manakala Top Glove naik lapan sen kepada RM24.78 dan Public Bank susut lapan sen kepada RM17.80.

Bagi saham aktif, hampir semua sektor mencatatkan dagangan positif dengan XOX naik satu sen kepada 19.5 sen, Bioalpha naik tujuh sen kepada 25 sen dan Boustead meraih setengah sen kepada 82 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas naik 15.33 mata kepada 11,275.62, Indeks FBMT 100 menokok 10.62 mata kepada 11,111.30 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 30.97 mata pada 13,092.51.

FBM 70 pula meningkat 45.90 mata kepada 14,202.98 dan FBM ACE melonjak 59.46 mata kepada 7,733.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 14.78 mata kepada 13,419.93, Indeks Perladangan naik 1.94 mata kepada 7,034.33 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri meningkat 0.47 mata kepada 140.34.

— BERNAMA

Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In