fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Saturday, April 17, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Momentum Belian Aktif

by TheKapital
02/03/2021
in Market Update
2 min read
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mencatatkan kenaikan semula untuk dibuka tinggi pada Selasa susulan momentum belian aktif di pasaran meluas selain dipengaruhi prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 6.19 mata atau 0.40 peratus kepada 1,573.33 daripada 1,567.14 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks utama itu dibuka 4.89 mata lebih tinggi kepada 1,572.03.

Berkaitan

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Kekal Lepasi 1,600

Press Metal, Sarung Tangan Getah Tingkatkan FBM KLCI Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 374 berbanding 178, sementara 319 kaunter tidak berubah, 1,282 kaunter tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 713.80 juta unit bernilai RM304.19 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd menjelaskan prestasi FBM KLCI mungkin dipengaruhi sekali lagi oleh penjualan drastik saham sarung tangan.

“Walaupun kami menjangkakan pembelian asas meluas hari ini, namun prestasi FBM KLCI mungkin bergelut dengan penjualan berterusan di kaunter syarikat sarung tangan.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras pasaran meningkat dalam jajaran kecil iaitu 1,575 hingga 1,580 hari ini berikutan aktiviti pembelian semasa harga rendah dijangka berlaku selepas penyusutan semalam,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Rakuten Trade berkata selain itu ia yakin pasaran serantau akan meningkat lebih tinggi pada Selasa selepas mengalami prestasi kukuh pada Isnin, memandangkan Wall Street naik semula dengan ketara selepas beberapa hari mencatatkan penyusutan dalam keadaan ketidaktentuan berkaitan kadar faedah.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik enam sen kepada RM8.12, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.23, TNB menokok lapan sen kepada RM10.40, IHH Healthcare meningkat lima sen kepada RM5.34, CIMB naik sembilan sen kepada RM4.31, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.51, dan Petronas Gas turun dua sen kepada RM16.26.

Saham sarung tangan, Top Glove turun 10 sen kepada RM4.80, Hartalega kurang dua sen kepada RM9.36 dan Supermax merosot 17 sen kepada RM4.19.

Bagi saham aktif, GFM meningkat 6.5 sen kepada 47 sen, Straits Interlogistics naik 3.5 sen kepada 23.5 sen, MSM Malaysia menokok empat sen kepada RM1.32, Pegasus Heights tidak berubah pada dua sen, EA Holdings dan Jadi Imaging masing-masing kurang setengah sen kepada kepada empat sen dan 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 51.02 mata kepada 11,613.23, Indeks FBMT 100 naik 48.74 mata kepada 11,297.03 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 35.04 mata kepada 12,923.84.

FBM 70 meningkat 83.52 mata kepada 15,556.85 dan FBM ACE melonjak 98.54 mata kepada 10,803.91.

Mengikut sektor, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.29 mata kepada 184.41 dan Indeks Perladangan turun 15.23 mata kepada 7,136.96.

Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 118.66 mata kepada 15,078.31.

— BERNAMA

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

16/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Kekal Lepasi 1,600

16/04/2021
Market Update

Press Metal, Sarung Tangan Getah Tingkatkan FBM KLCI Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

15/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Saham Press Metal, Sarung Tangan Getah Bantu Lonjakkan Indeks Utama FBM KLCI Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

15/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

15/04/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Edisi Khas
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Kajian Kes
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?