• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, September 28, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dengan Saham Sarung Tangan Meningkat Semula

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sekali gus meneruskan kenaikan bagi hari keempat berturut-turut apabila pembuat sarung tangan utama, termasuk Top Glove, mencatat peningkatan semula manakala Hartalega terus didagangkan dengan lebih kukuh.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.16 mata kepada 1,534.44 daripada 1,531.28 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka 9.86 mata lebih tinggi pada 1,541.14.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Keseluruhan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 343 berbanding 121, sementara 283 kaunter tidak berubah, 1,307 kaunter tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 567.07 juta saham bernilai RM317.6 juta.

Malacca Securities berkata laporan prestasi kewangan Top Glove dijangka dapat memberikan petunjuk baharu untuk kenaikan seterusnya.

Pengilang sarung tangan getah terbesar dunia itu dijadualkan mengumumkan prestasi kewangan tahun kewangan 2020 hari ini.

“Kami juga cenderung kepada sektor perladangan dengan harga minyak sawit mentah naik melebihi RM2,900 satu tan, sementara itu sektor pembinaan akan kekal dalam fasa pemulihan,” menurutnya dalam nota penyelidikan.

Selain itu, kenaikan ketara harga minyak mentah susulan penyusutan paras inventori Amerika Syarikat yang tidak dijangkakan serta penutupan sementara pengeluaran luar pesisir AS ekoran Taufan Sally mungkin mendorong minat dagangan terhadap sektor tenaga.

Firma pembrokeran itu juga menjangkakan sentimen positif kekal dalam jangka terdekat memandangkan pelabur kembali memburu saham yang mengalami penyusutan harga namun mengingatkan bahawa kenaikan besar mungkin tidak menentu.

“Momentum positif terus didorong oleh data ekonomi di seluruh dunia yang lebih kukuh berbanding jangkaan,” menurutnya.

Sementara itu, pasaran saham Amerika Syarikat ditutup dengan prestasi bercampur-campur setelah merekodkan paras tertinggi harian, dengan Dow Jones naik 0.1 peratus, sementara S&P 500 dan Nasdaq masing-masing merosot 0.5 peratus dan 1.3 peratus susulan kelemahan yang dicatatkan saham teknologi.

Ini berlaku walaupun pengumuman dasar monetari memihak kepada kadar faedah rendah oleh Rizab Persekutuan (Fed) yang menunjukkan bahawa kadar semalaman dapat dikekalkan hampir kepada sifar selama bertahun-tahun untuk mencapai sasaran inflasi sebanyak 2.0 peratus.

Fed juga telah menyemak turun unjuran pertumbuhan ekonominya pada 2021 dan 2022 masing-masing kepada 4.0 peratus dan 3.0 peratus.

Di pasaran tempatan, saham berwajaran tinggi Hartalega melonjak 82 sen kepada RM14.92, Top Glove naik 22 sen kepada RM8.65, TNB menambah enam sen kepada RM11.06 dan Dialog menokok tiga sen kepada RM3.79.

Kaunter perbankan pula mengalami penurunan, dengan Maybank turun 10 sen kepada RM7.40, Public Bank susut 28 sen kepada RM16.42 dan CIMB kurang satu sen kepada RM3.22.

Saham untung termasuk Kossan, yang meningkat 36 sen kepada RM12.06, Supermax naik 14 sen kepada RM8.51 dan Rubberex menokok 12 sen kepada RM5.46.

Kalangan saham aktif, Ekovest naik lima sen kepada 63 sen, Technodex meningkat tiga sen kepada 19 sen, sementara Bina Puri dan KNM masing-masing menambah satu sen kepada 11 sen dan 22 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 38.66 mata kepada 11,017.86 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 97.89 mata kepada 13,043.28.

FBM 70 menokok 94.90 mata kepada 14,177.79, Indeks FBMT 100 naik 34.83 mata kepada 10,826.67 dan FBM ACE menambah 110.64 mata kepada 11,489.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 87.26 mata kepada 12,739.14, Indeks Perladangan meningkat 7.03 mata kepada 7,121.27 serta Indeks Barangan dan Perkhidmatan Industri naik 0.38 mata kepada 137.95.

— BERNAMA

Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In