• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, January 31, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini selepas hujung minggu yang panjang disebabkan cuti Tahun Baharu Cina, diniagakan secara berhati-hati, mengambil petunjuk daripada saham Amerika Syarikat (AS) yang ditutup sedikit berubah pada Selasa.

Pelabur masih menilai indeks pembuatan Federal Reserve Bank of Richmond yang lemah dan campuran keluaran pendapatan untuk hala tuju pasaran, kata peniaga. 

Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.07 mata kepada 1,500.40 daripada 1,500.33 pada Jumaat lepas.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Sentimen Positif

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Menjejaki Kenaikan Wall Street

Saham pandu pasaran dibuka tinggi 0.97 mata kepada 1,501.30.    

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 205 berbanding 94 manakala 232 kaunter tidak berubah, 1,665 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 110.87 juta unit bernilai RM55.52 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd menjangka aktiviti dagangan akan rendah berdasarkan minggu dagangan yang pendek disebabkan cuti umum berikutan kebanyakan pelabur masih bercuti.

Bagaimanapun, katanya dijangka terdapat pergerakan meningkat dengan peniaga mengambil kedudukan dalam aset berisiko susulan langkah mengejut Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Katanya dari segi komoditi, minyak mentah Brent merosot hampir pada sekitar US$86 setong manakala harga minyak sawit mentah (MSM) hampir RM3,900 satu tan.

“Bagi sektor yang menjadi tumpuan, sektor minyak dan gas serta perladangan dijangka mendapat minat dagangan dengan harga MSM mencatatkan tiga sesi peningkatan berturut-turut manakala minyak mentah Brent tinggi disebabkan permintaan yang tinggi daripada tema pembukaan semula.

“Selain itu, saham berkaitan pembinaan dan bahan binaan boleh menjadi lebih positif di bawah keadaan tenaga kerja yang bertambah baik,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemical menambah enam sen kepada RM8.56, Tenaga Nasional naik lima sen kepada RM9.50, CIMB berkurangan empat sen kepada RM5.73 manakala Maybank dan Public Bank, masing-masing tidak berubah pada RM8.80 dan RM8.56.

Bagi saham aktif, Nationgate meningkat empat sen kepada RM1.22, Cosmos Technology naik tiga sen kepada 58.5 sen, Industronic merosot satu sen kepada 6.5 sen manakala CSH Alliance dan Vinvest Capital, masing-masing tidak berubah pada tujuh sen dan 20 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 11.63 mata kepada 10,854.11, Indeks FBMT 100 meningkat tujuh mata kepada 10,540.78 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 16.30 mata kepada 11,109.92.

Indeks FBM 70 meningkat 26.84 mata kepada 13,533.49 dan Indeks FBM ACE naik 29.86 mata kepada 5,585.94.  

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 0.68 mata kepada 16,534.45, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.70 mata kepada 189.06, Indeks Perladangan naik 0.62 mata kepada 6,882.04 dan Indeks Tenaga menambah 2.15 mata kepada 847.96.  

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Pelabur Berwaspada Menjelang Mesyuarat Fed

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Sentimen Positif

1 day ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Menjejaki Kenaikan Wall Street

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Dalam Keadaan Dagangan Berhati-Hati

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In