• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama)  — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini berikutan sentimen positif daripada Belanjawan 2021yang diluluskan di Dewan Rakyat, selain mengambil petunjuk daripada prestasi kukuh semalaman dalam saham Amerika Syarikat (AS).

Keyakinan yang baharu terhadap pakej rangsangan AS telah mendorong Wall Street meningkat dengan Nasdaq mencatat paras tinggi dan Purata Indeks Dow Jones melonjak sebanyak 340 mata untuk kekal melepasi paras 30,000, kata peniaga.

Pada 9.09 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 13.99 mata kepada 1,688.01 daripada 1,674.05 sewaktu ditutup pada Selasa.

Berkaitan

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Ia dibuka 20.31 lebih rendah kepada 1,694.33.

Keseluruhan suasana pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 518 kepada 137, manakala 354 kaunter tidak berubah, 1,135 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 773.91 juta unit bernilai RM352.99 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata, menjejaki sentimen positif di Wall Street, berserta kelulusan Rang Undang-undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga semalam, minat belian dijangkakan memberi limpahan terhadap saham dalam negara.

“Malah, menerusi aktiviti memperelokkan akaun yang sedang dilaksanakan, FBM KLCI dijangka meningkat lebih tinggi berikutan dana mungkin berbalik kepada nilai dan pemulihan saham dalam tempoh dua minggu lagi.

“Dalam sektor yang diberi tumpuan, firma berpendapat dengan kelulusan Belanjawan 2021, peniaga dapat memberi fokus kepada sektor pemulihan dan kita boleh menjangkakan sentimen pembelian secara meluas untuk sekurang-kurangnya dalam masa terdekat susulan aktiviti memperelokkan akaun yang sedang dibuat.

“Pembinaan, hartanah, pengguna, permainan dan pelancongan mungkin menjadi perhatian, manakala saham berkenaan kayu mungkin cenderung untuk meningkat disokong oleh harga kayu yang lebih kukuh,” katanya.

Dalam kalangan saham aktif, Maybank dan Tenaga menambah enam sen masing-masing kepada RM8.91 dan RM10.86, Public Bank meningkat 40 sen kepada RM22.08, Top Glove naik 17 sen kepada RM6.58, manakala Petronas Chemicals susut 15 sen kepada RM7.81.

Bagi saham aktif, Sino Hua-An naik satu sen kepada 21.5 sen, Dynaciate turun dua sen kepada 14 sen, AT Systematization dan Sapura Energy naik setengah sen masing-masing kepada 18.5 sen dan 13.5 sen, manakala Yong Tai tidak berubah pada 35.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 103.12 mata kepada 12,112.15, Indeks FBMT 100 menokok 100.41 mata kepada 11,876.30, FBM 70 menokok 138.08 mata kepada 15,419.21, FBM ACE naik 85.20 mata kepada 10,776.52, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 93.07 mata kepada 13,390.03.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.62 mata kepada 177.03, Indeks Perladangan berkurangan 7.48 mata kepada 7,384.41, namun, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 167.63 mata kepada 16,119.35.

— BERNAMA

Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

9 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In