• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Kebanyakan Pasaran Asia

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan penyusutan semalam apabila dibuka rendah hari ini, seiring dengan prestasi sebahagian besar pasaran Asia susulan aktiviti pengambilan untung membabitkan saham-saham wajaran tinggi, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 13.09 mata kepada 1,591.66 selepas dibuka turun 8.96 mata kepada 1,595.79.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 427 berbanding 182 manakala 337 kaunter tidak berubah, 1,224 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung dagangannya.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Jumlah dagangan sebanyak 1.28 bilion bernilai RM427.37 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata tanda-tanda berlakunya aktiviti pengambilan untung kini kian ketara di FBM KLCI selepas indeks penanda aras tersebut mencatat angka melebihi paras psikologi 1,600, baru-baru ini.

“Kami kini menjangkakan berlakunya proses konsolidasi pasaran ketika para pelabur menikmati keuntungan mereka baru-baru ini. Aliran dagangan yang mendatar juga dijangkakan bagi membolehkan kemungkinan peningkatannya dalam masa terdekat ini.

“Dalam pada itu, saham-saham berharga rendah juga dijangka kukuh apabila pelabur menumpukan keputusan pelaporan kewangan korporat yang telah diumumkan,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu turut menjangkakan saham-saham berkaitan vaksin terus mendapat perhatian ketika pasaran menjangkakan vaksin COVID-19 itu dapat ditawarkan pada 2021.

“Bagi kami, tumpuan juga perlu dialihkan kepada sektor perladangan memandangkan keputusan pendapatan korporat yang kukuh akibat aliran peningkatan ketara harga minyak sawit mentah (MSM) manakala sektor tenaga akan dipengaruhi oleh harga minyak mentah yang semakin stabil,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan TNB masing-masing susut 8.0 sen kepada RM8.15 dan RM11.18, Public Bank rugi 32 sen kepada RM18.74, Top GLove turun 15 sen kepada RM6.86 dan Petronas Chemicals merosot 1.0 sen kepada RM6.74.

Bagi saham aktif, Kanger naik 1.0 sen kepada 20.5 sen, Solution Group meraih 2.5 sen kepada 98 sen manakala AT Systematization dan Metronic Global masing-masing susut 1.0 sen kepada 18 sen dan 10.5 sen.

Di papan indeks menyaksikan Indeks FBM Emas turun 88.96 mata kepada 11,425.53, Indeks Syariah FBM Emas susut 86.40 mata kepada 13,081.94, Indeks FBMT 100 merosot 88.61 mata kepada 11,214.63, FBM 70 kehilangan 101.23 mata kepada 14,624.03 manakala FBM ACE turun 84.30 mata kepada 11,003.80.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri susut 0.55 mata kepada 158.44, Indeks Perladangan jatuh 4.02 mata kepada 7,351.13 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 139.55 mata kepada 14,225.06. 

— BERNAMA

Share225ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In