• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sebelum Kembali Bergerak Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah seketika sebelum melantun semula, mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur indeks saham AS Jumaat lepat.

Wall Street berakhir agak bercampur-campur berikutan keyakinan terhadap penyelesaian segera terhadap pakej rangsangan AS semakin pudar.

Pada 9.12 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 3.45 mata kepada 1,688.03 daripada 1,684.58 ketika ditutup Jumaat minggu lepas.

Berkaitan

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Ia dibuka lebih rendah sebanyak 2.12 mata kepada 1,682.46.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran positif denga kaunter untung mengatasi rugi 394 berbalas 350 sementara 381 kaunter tidak berubah, 1,019 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 979.90 juta unit bernilai RM533.51 juta.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun sentimen di Wall Street bercampur-campur minggu lepas, minat urus niaga di pasaran tempatan kekal rancak.

“Perkembangan baik mengenai vaksin seperti pelancaran segera vaksin COVID-19 di UK, AS dan Kanada dalam tempoh terdekat menjuruskan kepada keyakinan bahawa pemulihan ekonomi berjalan lancar.

“Dengan jangkaan pemulihan dalam kegiatan perniagaan , kami mengunjurkan harga minyak mentah Brent dan minyak sawit akan kekal kukuh, masing-masing antara US$45 hingga 50 dan RM3,200-RM3,400, dalam tempoh terdekat ini,” katanya.

Bagi sektor tumpuan pula, ia berkata peserta pasaran akan memberi fokus kepada sektor perbankan, perjudian, perkapalan, perladangan, minyak dan gas, selain daripada pembinaan.

“Untuk sektor pembinaan, ia kemungkinan berada dalam perhatian peniaga berikutan kemunculan semula berita mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura, dan ini akan meningkatkan sentimen urus niaga dalam segmen pembinaan dan perkakas bangunan minggu ini,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing menambah satu sen kepada RM8.92 dan RM7.90, Public Bank naik 46 sen kepada RM22.36, Tenaga meningkat 28 sen kepada RM10.62, sementara Top Glove turun 30 sen kepada RM6 .60.

Antara saham paling cergas, waran MLabs meningkat dua sen kepada 2.5 sen, Iris dan Sino Hua-An, masing-masing naik setengah sen kepada 39.5 sen dan 13.5 sen, Advance Synergy menambah 1.5 sen kepada 17.5 sen, sementara MLabs turun satu sen kepada 8.5 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 8.83 mata lebih baik pada 12,094.54 dan Indeks FBMT 100 meningkat 11.48 mata kepada 11,743.39.

FBM 70 turun 35.22 mata kepada 15,334.79, Indeks FBM Emas Shariah susut 76.98 mata kepada 13,354.55 dan FBM ACE jatuh 75.84 mata kepada 10,995.26.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.41 poin ke 177,26, Indeks Perladangan merosot 59.83 mata kepada 7,352.26, sementara Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 168.93 mata kepada 16,215.06.

– BERNAMA

Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

10 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In