• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini di tengah-tengah prestasi serantau yang bercampur-campur, kata seorang penganalisis.

Pada 9.14 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.07 mata kepada 1,452.97 daripada 1,455.04 pada penutup Isnin. Indeks utama dibuka pada paras 1,454.14, susut 0.9 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 175 berbalas 136 manakala 270 kaunter tidak berubah dan 1,741 tidak didagangkan.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

Jumlah dagangan 268.08 juta unit bernilai RM106.73 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, peniaga masih mengambil sikap berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat pada 19-20 Sept.

“Di dalam negara pula, kami berpendapat bursa tempatan akan mempamerkan prestasi positif selepas Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menghuraikan lebih lanjut mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) semalam.

“Beliau mengulangi kerajaan akan menumpukan perhatian kepada lima sektor pertumbuhan tinggi, bernilai tinggi (HGHV) yang akan membantu menaikkan bursa tempatan manakala minat belian dijangka melimpah berikutan kenaikan semalaman Wall Street,” kata firma pembrokeran itu. 

Di bawah RMK12, lima sektor HGHV yang akan diberi tumpuan ialah tenaga boleh diperbaharui, teknologi dan digital, elektrik dan elektronik, pertanian dan industri asas tani serta nadir bumi.

Firma pembrokeran itu seterusnya menyatakan pelabur kemungkinan melihat ke sektor-sektor ini untuk peluang perdagangan dalam tempoh terdekat.

Dari segi komoditi, minyak mentah Brent mengekalkan dagangannya melebihi paras US$90 setong, manakala harga minyak sawit mentah masih diniagakan di bawah RM3,800 satu tan.

Kaunter wajaran tinggi Bursa Maybank dan Public Bank susut satu sen setiap satu masing-masing mencatatkan harga RM9.15 dan RM4.23, manakala Petronas Chemical turun tujuh sen kepada RM7.16.

CIMB dan Telekom Malaysia pula masing-masing menambah satu sen kepada RM5.72 dan RM5.06.

Bagi saham aktif, IFCA MSC menambah dua sen kepada 33 sen, Ekovest susut dua sen menjadi 51 sen manakala Tanco dan Asdion tidak berubah, masing-masing pada 55.5 sen dan 2.5 sen.

— BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, pembukaan, RMK12, Wall Street, serantau

Tags: Bursa MalaysiapembukaanRMK12serantauWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Pada Sesi Awal Dagangan

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In