• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) —  Bursa Malaysia diniagakan bercampur-campur pagi ini selepas mencatatkan keuntungan minggu lepas, seiring dengan prestasi di pasaran serantau.

Para pelabur dilihat mengambil sikap berhati-hati terutama menjelangnya mesyuarat Persekutuan AS pertama di bawah pentadbiran Joe Biden lewat hari ini.

Pada pukul 9.20 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.06 mata kepada 1,596.80 daripada 1,596.74 ketika ditutup minggu lepas.

Berkaitan

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Indeks utama dibuka 3.80 mata lebih tinggi pada 1,600.54.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung 617 berbalas 183 manakala 289 kaunter tidak berubah, 1,209 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 904.80 juta unit bernilai RM590.42 juta.

Dengan mengambil petunjuk daripada prestasi bercampur-campur di Wall Street Jumaat lepas, Malacca Securities mengunjurkan lantunan yang perlahan di FBM KLCI minggu lepas akan lemah hari ini sementara sentimen pasaran dijangka berhati-hati menjelang mesyuarat pertama Rizab Persekutuan AS di bawah pentadbiran Biden serta tempoh urus niaga yang singkat minggu ini.

“Memandangkan musim pelaporan telah hampir, pelabur mungkin beralih kepada sektor-sektor terpilih dengan pendapatan yang tinggi sementara kes COVID-19 pula terus meningkat.

“Berdasarkan kepada musim pelaporan yang bakal tiba, kami menjangkakan sektor teknologi, perladangan dan perabot berpotensi menduduki tempat teratas dan akan menjadi perhatian peniaga,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan TNB masing-masing susut 4.0 sen kepada RM76.96 dan 9.74, Public Bank turun 18 sen kepada RM21.48, Petronas Chemicals jatuh 10 sen kepada RM7.27 tetapi Top Glove menambah 21 sen kepada RM6.46.

Saham paling cergas pula, Dagang Nexchange menokok 2.5 sen kepada 28.5 sen, Bioalpha naik 1.5 sen kepada 31.5 sen sementara QES turun 1.5 sen kepada 36.5 sen dan DGB Asia menyusut  setengah sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lebih rendah sebanyak 39.24 mata kepada 11,524.38, Indeks FBMT 100 berkurangan 32.03 mata kepada 11,262.73 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 1.48 mata kepada 13,047.47.

FBM 70 merosot 168.35 mata kepada 14,733.33 dan FBM ACE turun 75.82 mata kepada 10,682.19.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 146.09 mata kepada 14,739.57, Indeks Perladangan susut 3.79 mata kepada 7,219.37 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 2.55 mata kepada 174.80.

– BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Aktiviti Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

9 hours ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In