• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Prestasi Tinggi Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bursa Malaysia kekal dalam lingkungan positif untuk mengakhiri sesi dagangan pagi pada prestasi kukuh, didorong sokongan belian di kaunter berkaitan indeks terpilih yang didahului Top Glove, dalam keadaan bursa serantau juga merekodkan pergerakan meningkat, kata peniaga.

Pada pukul 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.78 mata kepada 1,577.16 daripada 1,575.38 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks utama itu, yang dibuka 0.59 mata lebih rendah pada 1,574.79, bergerak di antara 1,568.98 dengan 1,579.01 sepanjang dagangan sesi ini.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Top Glove memacu indeks komposit sebanyak 4.523 mata setelah naik 82 sen kepada RM27.96 dengan 11.52 juta saham bertukar tangan, diikuti Petronas Gas dengan 2.419 mata.

Lingkungan pasaran secara keseluruhannya positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 634 berbanding 387, sementara 349 kaunter tidak berubah, 643 kaunter tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 4.48 bilion saham bernilai RM2.74 bilion.

Kalangan saham berwajaran tinggi, Tenaga naik dua sen kepada RM11.02 dan Hartalega meningkat empat sen kepada RM17.24.

Maybank turun lapan sen kepada RM7.56, Public Bank susut 16 sen kepada RM17.32 dan Petronas Chemicals kurang 10 sen kepada RM6.10.

Antara saham paling aktif, XOX dan AT Sytematization masing-masing menambah satu sen kepada 20.5 sen dan 10 sen, Solution meningkat 17.5 sen kepada 46.5 sen, sementara DGB tidak berubah pada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 35.81 mata kepada 11,334.06, Indeks FBM Emas Syariah melonjak 102.96 mata kepada 13,383.32 dan Indeks FBMT 100 meningkat 29.52 mata kepada 11,142.2.

FBM 70 menokok 105.01 mata kepada 14,646.03 dan FBM ACE melonjak 409.73 mata kepada 10,691.25.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 35.59 mata kepada 7,046.13, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.24 mata kepada 142.12 namun Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 60.53 mata kepada 13,057.16.

— BERNAMA

Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In