• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Jumlah Dagangan Tertinggi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Ogos  — Bursa Malaysia hari ini mencatat jumlah dagangan tertinggi sebanyak 13.12 bilion saham bernilai RM8.24 bilion berbanding 12.49 bilion saham bernilai RM6.64 bilion pada 20 Julai lepas. 

Ini dipacu oleh jualan besar-besaran membabitkan saham-saham berharga rendah dalam sektor pengguna dan perindustrian selain permintaan yang terus ketara terhadap saham-saham pengeluar sarung tangan.

Sewaktu urus niaga ditutup hari ini, Bursa Malaysia secara keseluruhannya susut dengan 707 kaunter rugi yang didahului sektor tenaga dan kewangan yang masing-masing turun 2.75 peratus dan 2.45 peratus.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Sejumlah 505 kaunter untung, kebanyakannya dalam pasaran ACE dan sektor penjagaan kesihatan apabila indeks terbabit mengatasi pasaran secara meluas dengan masing-masing meningkat 7.52 peratus dan 4.37 peratus.

Selain itu, sebanyak 294 kaunter lain tidak berubah, 449 kaunter tidak diniagakan dan 23 lain digantung dagangannya.

Indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.94 peratus kepada 1,572.61 daripada 1,603.75 pada Khamis lepas, apabila 27 komponen indeks merosot.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup pada Jumaat lepas bersempena cuti umum Adiladha.

Seorang penganalisis berkata pasaran menyaksikan penurunan secara keseluruhan selepas mencatat beberapa kenaikan memandangkan prestasi kaunter tenaga yang lebih rendah.

Ini susulan laporan bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan rakan sekutunya telah mula membekal lebih banyak minyak mentah ke dalam pasaran global terutama di negara-negara yang masih bergelut untuk membendung penularan COVID-19.

Pada 5 petang, minyak mentah Brent yang juga penanda aras global diniagakan pada US$43.02 setong – susut 1.10 peratus daripada harga penutup sebelum ini.

Bagi kaunter kewangan, beliau berkata bank global telah menyaksikan peningkatan pinjaman tidak berbayar (NPL) serta pengurangan keuntungan dan aliran sama akan dialami pasaran tempatan pada 1 September ini apabila moratorium enam bulan berakhir.

“Di sebalik kebimbangan mengenai NPL, kerajaan telah mengumumkan moratorium bersasar yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira tiga juta rakyat yang telah kehilangan pekerjaan selain gaji dikurangkan akibat COVID-19,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals turun 28 sen kepada RM5.90, Tenaga Nasional rugi 34 sen kepada RM11.10, Maybank susut 17 sen kepada RM7.50, Public Bank berkurangan 44 sen kepada RM16.56 manakala PPB merosot RM1.14 kepada RM18.56.

Bagi kaunter rugi, Nestle susut RM1.30 kepada RM140.70, Petronas Dagangan kehilangan 84 sen kepada RM20.66 manakala Hong Leong Bank dan Hong Leong Financial masing-masing berkurangan 70 sen dan 58 sen kepada RM14.30 dan RM12.86.

Saham paling aktif menyaksikan MQ Technology naik 10 sen kepada 22 sen, XOX menokok setengah sen kepada 26.5 sen manakala AT Systematization menambah 1.5 sen kepada 10 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 151.35 mata kepada 11,262.58, Indeks FBM Emas Syariah turun 95.34 mata kepada 13,344.19 dan Indeks FBMT 100 kehilangan 165.71 mata kepada 11,088.36.

FBM 70 pula susut 5.32 mata kepada 14.490.26 dan FBM ACE melonjak 641.94 mata kepada 9.176.82.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri turun 2.07 mata kepada 139.06, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 323.39 mata kepada 12,842.11 dan Indeks Perladangan berkurangan 109.03 mata kepada 7,038.48.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 5.74 bilion saham bernilai RM5.35 bilion berbanding 6.01 bilion saham bernilai RM4.03 bilion pada Khamis lepas.,

Waran merosot kepada 720.54 juta unit bernilai RM283.44 juta daripada 849.17 juta unit bernilai RM278.74 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 6.65 bilion saham bernilai RM2.60 bilion berbanding 5.05 bilion saham bernilai RM1.84 bilion pada Khamis lepas.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang sejumlah 1.43 bilion saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (1.45 bilion), pembinaan (925.18 juta), teknologi (945.61 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (78.19 juta), hartanah (278.37 juta), perladangan (88.30 juta), REIT (25.06 juta), dana tertutup (75.100), tenaga (601.69 juta), penjagaan kesihatan (125.29 juta), telekomunikasi dan media (78.35 juta), pengangkutan dan logistik (312.92 juta) serta utiliti (37.75 juta).

— BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In