• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia, Bursa Serantau Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama)  —  Urus niaga di Bursa Malaysia dan kebanyakan bursa serantau yang lain meningkat untuk dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi menggalakkan di pasaran semalaman bursa AS menjelang berakhirnya minggu bagi keputusan rangsangan fiskal.

Pada pukul 9.02 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.17 mata kepada 1,513.14 daripada 1,510.97 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama dibuka 1.07 mata lebih tinggi pada 1,512.04.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Pergerakan harga pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 271 berbalas 76 manakala 278 kaunter tidak berubah, 1,542 tidak diniagakan dan 22 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 276.39 juta unit bernilai RM97.53 juta.

Firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd pula mengatakan FBM KLCI dijangka menyaksikan urus niaga tidak menentu hari ini sebelum menyerah kepada kegiatan pengambilan untung di celah-celah ketidakpastian para pelabur terhadap situasi politik tempatan serta aktiviti jualan oleh dana asing.

“Sementara itu, langkah ketat yang dilaksanakan berikutan jumlah kes baharu COVID-19 yang kian meningkat mungkin boleh menggagalkan prospek pemulihan ekonomi pada 2021,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.22, Public Bank meningkat 10 sen kepada RM15.90, Top Glove tidak berubah pada RM9.48 dan Hartalega turun 14 sen kepada RM18.90.

Kaunter paling cergas didahului oleh Pegasus Heights dan DGB Asia yang masing-masing kekal pada 2.5 sen dan tiga sen sementara Luster menambah satu sen kepada 23.5 sen dan Impiana dua sen lebih baik pada 10 sen.

Saham paling untung termasuk Vitrox yang meningkat 28 sen kepada RM14.08, sementara Scientex menambah 24 sen kepada RM12.74 dan Greatech 11 sen lebih tinggi kepada RM8.19.

Saham paling rugi pula ialah Hartalega dan Sime Darby Plantation, masing-masing susut 14 sen kepada RM18.90 dan RM4.84 sementara Pintaras Jaya turun sembilan sen kepada RM2.40.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 20.47 mata kepada 11,006.11, Indeks FBMT 100 meningkat 16.68 mata kepada 10,793.16 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 11.96 mata kepada 13,228.47.

FBM 70 meningkat 27.13 mata kepada 14,591.31 dan FBM ACE melonjak 37.56 mata kepada 11,030.29.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 54.55 mata kepada 12,466.68, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.29 mata kepada 146.87, sementara Indeks Perladangan turun 47.28 mata kepada 6,847.38.

– BERNAMA

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In