• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kebanyakan saham wajaran tinggi dengan aktiviti belian dalam saham permodalan kecil dan saham berharga rendah, dalam dagangan yang turun naik, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.45 peratus atau 6.98 mata kepada 1,547.98 daripada 1,554.96 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks barometer dibuka rendah 0.21 mata kepada 1,554.75 dan bergerak antara 1,538.26 dan 1,558.95 sepanjang sesi pagi.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 566 berbanding 444, manakala 388 kaunter tidak berubah, 636 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 5.82 bilion saham bernilai RM3.39 bilion.

Seorang penganalisis berkata pasaran ekuiti tempatan yang turun naik turut menjejaki bursa serantau, yang berada pada aliran penurunan, walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street. 

Dow Jones Industrial Average semalaman susut 0.21 peratus manakala S&P 500 meningkat 0.36 peratus. 

Nikkei 225 susut 0.14 peratus, Indeks Hang Seng jatuh 0.21, Indeks Harga Saham Komposit Korea (KOSPI) merosot 0.21 peratus dan Indeks Straits Times berkurangan 0.94 peratus. 

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata FBM KLCI dijangka terus turun naik dengan kecenderungan penurunan dengan paras sokongan segera dilihat pada 1,550 manakala paras halangan pada 1,570.

Daripada saham wajaran tinggi, Maybank merosot dua sen kepada RM7.47, Top Glove naik 62 sen kepada RM26.02, Public Bank susut 30 sen kepada RM16.66, Tenaga berkurangan dua sen kepada RM11.00, dan Hartalega susut enam sen kepada RM16.44.

Dalam kalangan saham cergas, CME dan XOC, masing-masing menambah 2.5 sen kepada 12 sen dan 27.5 sen, dan Konsortium Transnasional meningkat 12 sen kepada 17 sen.

Kaunter paling rugi — Nestle merosot RM1.70 kepada RM139.00, Petronas Dagangan susut 52 sen kepada RM20.70 dan Carlsberg jatuh 40 sen kepada RM22.48.

Sementara itu, Top Glove merupakan kaunter paling untung, diikuti Dutch Lady yang naik 58 sen kepada RM40.28 dan Supermax meningkat 42 sen kepada RM20.22.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 16.52 mata kepada 11,157.48, Indeks FBMT 100 merosot 20.98 mata kepada 10,960.17, bagaimanapun FBM 70 naik 83.45 mata kepada 14,501.30.

Indeks FBM Emas Shariah menokok 13.10 mata kepada 13,200.19 dan FBM ACE naik 147.18 mata kepada 10,036.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 74.85 mata kepada 12,839.02, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.42 mata kepada 140.16, dan Indeks Perladangan turun 37.05 mata kepada 7,039.29.

— BERNAMA    

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In