• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi seiring dengan prestasi kebanyakan bursa serantau yang lain serta disokong oleh aktiviti belian berterusan terutamanya yang membabitkan kaunter berwajaran tinggi.

 Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 7.36 mata kepada 1,468.81 selepas dibuka 3.04 mata lebih tinggi pada 1,464.49.

Indeks utama bergerak antara 1,462.37 dan 1,473.53 sepanjang sesi pagi.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Pergerakan harga di pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 689 berbalas 269 sementara 381 kaunter tidak berubah, 802 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 4.34 bilion unit bernilai RM1.69 bilion.

Seorang penganalisis berkata kestabilan pasaran adalah sejajar dengan pasaran di AS, yang menyaksikan kerancakan semalaman, didorong oleh harapan para pelabur terhadap kejelasan pilihan raya presiden AS.

Ketika berita ini ditulis, calon Parti Demokrat Joe Biden mendahului calon Republikan Presiden Donald Trump dari segi undian pilihan raya.

Penganalisis itu berkata dalam kalangan indeks, pengangkutan dan logistik dan pembinaan, masing-masing mencatatkan lebih daripada satu peratus kepada indeks.

“Indeks Pengangkutan dan Logistik mencatatkan 1.43 peratus lebih tinggi di celah-celah pembekuan dua tahun untuk lesen kurier baharu, sementara sektor pembinaan meningkat 1.45 peratus, dipacu oleh jangkaan bahawa projek infrastruktur akan dikekalkan pada Belanjawan 2021 akan datang,” kata beliau kepada Bernama.

Dalam pada itu, daripada 30 kaunter FBM KLCI, MISC adalah kaunter paling untung, meningkat 13 sen kepada RM6.71 sementara Petronas Chemicals menambah tujuh sen kepada RM5.99.

Untuk saham berwajaran tinggi yang lain, Maybank naik tiga sen kepada RM7.03, Hartalega meningkat 10 sen kepada RM17.86, Public Bank menambah enam sen kepada RM15.02, sementara Top Glove turun empat sen kepada RM8.28.

Kaunter paling cergas, AT Systematization meningkat dua sen kepada 12 sen, Lambo tidak berubah pada tiga sen, Key Alliance naik satu sen kepada 6.5 sen, dan sebaliknya, XOX susut satu sen kepada 12 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 69.23 mata kepada 10,631.02, Indeks FBMT 100 menambah 63.63 mata pada 10,434.84 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 84.50 mata kepada 12,755.25.

Sementara itu, FBM 70 naik 129.10 mata kepada 13,943.72 dan FBM ACE 315.83 mata lebih kukuh pada 10,075.64.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 49.57 mata kepada 12,031.64, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian mengembang 1.32 mata pada 143.60 dan Indeks Perladangan meningkat 54.44 mata kepada 6,897.82.

– BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In