• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) — Hampir keseluruhan pasaran di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, dirangsang oleh momentum asas yang kukuh.

Dalam kalangan indeks — teknologi, penjagaan kesihatan, Ace, pasaran bermodal kecil dan sederhana mencatatkan peningkatan, masing-masing melebihi satu peratus kepada indeks.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.77 mata kepada 1,509.91 daripada 1,509.14 ketika ditutup pada Jumaat.

Berkaitan

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

Ia bergerak antara 1,507.35 dan 1,519.05 sepanjang sesi urus niaga pagi, selepas dibuka 1.12 mata lebih tinggi pada 1,510.26.

Di pasaran lebih meluas, ia menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan 521 berbalas 372 manakala 408 kaunter tidak berubah, 800 tidak diniagakan dan 21 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.04 bilion saham bernilai RM1.91 bilion.

Seorang penganalisis berkata kestabilan pasaran adalah seiring dengan pasaran AS yang menyaksikan kerancakan urus niaga di kaunter-kaunter berkaitan teknologi.

“Pada masa sama, kaunter berkaitan penjagaan kesihatan terus menentukan momentum dan ia mungkin menguasai sentimen perdagangan tatkala jumlah jangkitan baharu di seluruh dunia terus meningkat,” kata beliau.

Beliau menambah sentimen turut disokong selepas pilihan raya negeri Sabah, sekali gus menandakan kerajaan persekutuan yang ada sekarang ini masih lagi mendapat sokongan untuk terus memimpin.

“Ini adalah saat yang baik dan saya percaya pelabur patut mengambil kesempatan untuk membeli terutama ketika saham-saham kita berharga murah. Masa yang tepat untuk membeli”.

Sementara itu, dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank kekal pada RM7.09, Top Glove naik tiga sen kepada RM8.83, Tenaga turun dua sen kepada RM10.86 dan Hartalega 42 sen lebih tinggi pada RM17.42.

Kaunter paling cergas, XOX naik 1.5 sen kepada 18.5 sen, Metronic menambah satu sen kepada sembilan sen, Advance Synergy turun tiga sen kepada 14.5 sen dan Vsolar tidak berubah pada empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 31.33 mata kepada 10,872.14 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 54.82 mata kepada 13,017.24.

Indeks FBM 70 pula mengukuhkan 120.38 mata kepada 14,170.67, Indeks FBMT 100 meningkat 27.09 mata pada 10,695.60 dan FBM ACE melonjak 137.28 mata kepada 10,164.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 3.2 mata kepada 12.324.42, Indeks Perladangan naik 10.13 mata kepada 7.065.25 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.54 mata kepada 135.33.

– BERNAMA

Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Awal Dagangan Rabu

5 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Diniagakan Tinggi, Didorong Kegiatan Memburu Saham Murah Pagi Ini

1 week ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Urus Niaga Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In