KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Urus niaga di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini lebih rendah, diheret turun oleh aktiviti pengambilan untung membabitkan terutamanya kaunter permodalan kecil dan sederhana, kewangan dan penjagaan kesihatan.
Ini berikutan keuntungan diraih semasa penutupan semalam dengan indeks melonjak 16.1 mata atau 1.06 peratus kepada 1,537.5.
Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 13.37 mata atau 0.87 peratus kepada 1,524.17 daripada 1,537.54 ketika ditutup semalam.
Indeks utama dibuka 3.1 mata lebih tinggi kepada 1,540.64 dan bergerak antara 1,521.73 dan 1,544.18 sepanjang sesi urus niaga pagi.
Di papan skor, pergerakan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung dengan 651 berbalas 385 manakala 402 kaunter tidak berubah, 588 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 5.09 bilion saham bernilai RM2.85 bilion.
Sementara itu di pasaran serantau, indeks Hang Seng Hong Kong susut 0.31 peratus kepada 25,042.65, Indeks Komposit Jakarta jatuh 0.67 peratus kepada 5,276.54 dan indeks Straits Times Singapura merosot 0.62 peratus kepada 5,276.54.
Bagaimanapun, seorang penganalisis berkata untuk keseluruhan minggu, indeks petunjuk utama masih menunjukkan peningkatan di celah-celah jangkaan pemulihan kukuh di pasaran seberang laut.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM7.23, Tenaga merosot 22 sen kepada RM11.02, Public Bank jatuh lapan sen kepada RM16.06 sementara Top Glove mengukuh 13 sen kepada RM8.82.
Kaunter paling cergas, Pegasus Heights susut setengah sen kepada 3.5 sen, Permaju Industries meningkat 6.5 sen kepada 42 sen dan IRIS Corp menokok 1.5 sen kepada 39 sen.
Kaunter paling rugi, Nestle merosot RM1.60 kepada RM140.20, Hartalega lemah ted 86 sen to RM14.50 and Dutch Lady lost 46 sen to RM39.04.
Untuk kaunter paling untung pula, Lysaght Galvanized Steel menokok 42 sen kepada RM2.36, Vitrox Corp menambah 38 sen kepada RM12.88 dan Malaysian Pacific Industries meningkat 32 sen kepada RM18.82.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 89.27 mata kepada 11,085.09, Indeks FBMT 100 turun 88.85 mata kepada 10,877.65 dan Indeks FBM 70 berkurangan 95.02 mata kepada 14,728.44.
Indeks FBM Emas Shariah kerugian 115.31 mata kepada 13,181.99 dan FBM ACE jatuh 43.14 mata kepada 11,221.91.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 56.80 mata kepada 12,638.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lega 0.64 mata kepada 138.50 dan Indeks Perladangan turun 55.67 mata kepada 7,111.11.
— BERNAMA