fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Saturday, April 17, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah, IK Susut 0.52 Peratus

by TheKapital
04/03/2021
in Market Update
2 min read
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi urus niaga pagi hari ini teramat rendah dengan indeks utama menyusut 0.52 peratus, diseret turun oleh saham berkaitan sarung tangan.

Pada jam 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 8.32 mata kepada 1,580.13 daripada 1,588.45 ketika ditutup pada petang Rabu.

Pagi ini, indeks utama dibuka 0.44 mata lebih tinggi kepada 1,588.89 selepas berlegar antara 1,577.39 dan 1,588.89 sepanjang sesi pagi.

Berkaitan

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Kekal Lepasi 1,600

Press Metal, Sarung Tangan Getah Tingkatkan FBM KLCI Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

Pergerakan harga di pasaran agak negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung 715 berbalas 363 manakala 379 kaunter tidak berubah, 696 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 5.61 bilion unit bernilai RM2.86 bilion.

Dalam satu nota awal hari ini, Rakuten Trade Sdn Bhd berkata urus niaga di bursa tempatan dijangka tidak menentu berikutan perubahan sentimen dalam kalangan pelabur.

Ia berkata para pelabur baru-baru ini telah menjual ekuiti masing-masing kerana mereka percaya bahawa penilaian yang tinggi terhadap Wall Street tidak mungkin bertahan lama terutamanya di celah-celah kadar perolehan bon yang tinggi.

“Dengan kadar perolehan 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat ke arah 1.5 peratus sekali lagi, kebimbangan kian memuncak yang pembiayaan murah akan berakhir tidak lama lagi,” katanya.

Rakuten Trade turut menjangkakan indeks penanda aras akan bergerak dalam julat yang kecil dengan saham sarung tangan berada di awang-awang (tidak pasti) selepas menunjukkan prestasi memberangsangkan semalam.

Seorang peniaga berkata pada masa ini, semua tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara lewat hari ini.

Kaunter saham sarung tangan, Top Glove menyusut 16 sen kepada RM4.93, Supermax jatuh 33 sen kepada RM4.33 dan Hartalega lebih rendah sebanyak 18 sen kepada RM9.67. 

Bagi saham berwajaran tinggi, Maybank naik sembilan sen kepada RM8.23, Public Bank bertambah satu sen kepada RM4.23, CIMB menokok tiga sen kepada RM4.32, Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM7.72 dan TNB menyusut 10 sen kepada RM10.36.

Antara kaunter paling cergas, Dagang Nexchange meningkat 3.5 sen kepada 65 sen, Minetech naik satu sen kepada 21 sen, Industronics melonjak 13 sen kepada 60 sen, Green Ocean tidak berubah pada enam sen, XOX turun satu sen kepada tujuh sen, Key Alliance susut setengah sen kepada 4.5 sen dan Sealink susut dua sen kepada 18.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 64.19 mata kepada 11,607.25, Indeks FBMT 100 susut 60.87 mata kepada 11,304.98, Indeks FBM Emas Syariah lebih rendah 125.87 mata kepada 12,914.38, FBM ACE susut 158.55 mata kepada 10,457.24 dan FBM 70 lemah 88.22 mata kepada 15,411.13.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 92.77 mata kepada 15,125.61, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.70 mata kepada 185.23 dan Indeks Perladangan turun 19.08 mata kepada 7.143.01.

— BERNAMA

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

16/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Indeks Utama Kekal Lepasi 1,600

16/04/2021
Market Update

Press Metal, Sarung Tangan Getah Tingkatkan FBM KLCI Untuk Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian

15/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Saham Press Metal, Sarung Tangan Getah Bantu Lonjakkan Indeks Utama FBM KLCI Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

15/04/2021
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

15/04/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Edisi Khas
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Kajian Kes
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?