KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini bercampur-campur dengan beberapa kegiatan pengambilan untung berserta pembelian lemah di pasaran ACE, kata para peniaga.
Ketika dagangan berhenti rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 3.28 mata kepada 1,579.12 selepas bergerak antara 1,573.84 dan 1,582.53 sepanjang sesi urus niaga pagi.
Pagi ini, indeks dibuka 4.34 mata lebih tinggi pada 1,580.18 berbanding 1,575.84 ketika ditutup semalam.
Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 651 berbalas 464 manakala 423 kaunter tidak berubah, 638 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.
Jumlah dagangan ialah 9.1 bilion unit bernilai RM3.69 bilion.
Pasaran serantau turut lesu pada Jumaat dengan Nikkei Jepun turun 1.24 peratus kepada 29,860.79, Hang Seng Hong Kong susut 0.85 peratus kepada 30,335.51 dan STI Singapura merosot 1.28 peratus kepada 2,871,74.
Menurut Public Investment Bank, bursa tempatan mungkin berlegar pada tahap negatif hari ini, mengambil petunjuk daripada kejatuhan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) selepas penjualan hutang kerajaan AS, yang tercetus oleh jangkaan bahawa pakej rangsangan Joe Biden bernilai US$1.9 trilion akan mendorong tahap inflasi menjadi lebih tinggi.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.96, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.12 sementara Tenaga tidak berubah pada RM9.85.
Sementara itu, PChem turun tiga sen kepada RM7.44 dan Top Glove menyusut empat sen kepada RM6.03.
Kaunter paling cergas, Dagang Nexchange turun tiga sen kepada 74 sen sementara Managepay meningkat 5.5 sen kepada 26.5 sen, EA Holdings setengah sen lebih tinggi pada 4.5 sen dan Iris Corporation menambah 1.5 sen kepada 39.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 28.25 mata kepada 11,598.21, Indeks FBMT 100 meningkat 30.79 mata kepada 11,278.5 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 21.75 mata pada 13,078.07.
FBM 70 menambah 70.25 mata kepada 15,301.27 dan FBM ACE melonjak 163.7 mata kepada 11,251.65.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 1.83 mata kepada 14,804.95, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.66 mata kepada 181.71 sementara Indeks Perladangan turun 17.44 mata kepada 7,158.44.
– BERNAMA
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB