• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Tinggi

in Berita
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Kegiatan pembelian berterusan membabitkan terutamanya kaunter berwajaran tinggi menyaksikan Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, walaupun pasaran serantau yang lain menunjukkan sentimen bercampur-campur.

Pada 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 13.04 mata kepada 1,596.72 selepas bergerak antara 1,579.49 dan 1,597.47 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pergerakan harga di pasaran kekal positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 612 berbalas 389, sementara 465 kaunter tidak berubah, 705 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Jumlah dagangan ialah 4.84 bilion saham bernilai RM2.75 bilion.

Seorang peniaga berkata pelabur masih terus bimbang terutamanya dengan kemunculan semula kes COVID-19 di beberapa negara di rantau Asia walaupun sudah ada perkembangan positif vaksin untuk pandemik itu.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 9.0 sen kepada RM8.19, Top Glove meningkat 37 sen kepada RM7.31, Petronas Chemicals menokok 4.0 sen kepada RM6.81, sementara Public Bank dan TNB, masing-masing menyusut 6.0 sen kepada RM18.32 dan RM11.18,.

Kaunter paling cergas,  AT Systematization meningkat 1.5 sen kepada 19.5 sen, Southern Cable menokok 6.0 sen kepada 39.5 sen, NETX naik 1.0 sen kepada 14.5 sen dan Pasukhas untung setengah sen kepada 8.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 101.22 mata pada 11,478.20, Indeks FBMT 100 menambah 98.83 mata kepada 11,260.03 dan FBM 70 melonjak 155.99 mata kepada 14,721.33.

Sementara itu, Indeks FBM Emas Shariah melambun 153.34 mata kepada 13,233.23 dan FBM ACE meningkat 19.27 mata kepada 11,159.95.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 1.30 mata kepada 159.69, Indeks Perladangan naik 13.03 mata kepada 7,362.02, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lebih tinggi 42.20 mata kepada 14,049.33.

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In