• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Dagangan Minggu Ini Dengan Prestasi Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini dengan mengalami penurunan hari ini, susulan tekanan jualan di kaunter berwajaran tinggi didahului sektor perkhidmatan kewangan, dalam keadaan prestasi tidak banyak berubah berterusan selepas kenaikan kukuh baru-baru ini, kata peniaga.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran berakhir dengan 21.86 mata atau 1.31 peratus lebih rendah kepada 1,652.49 berbanding 1,674.35 ketika ditutup semalam.

Ia dibuka 2.49 mata lebih tinggi kepada 1,676.84 sebelum bergerak di antara 1,644.80 dengan 1,678.11 sepanjang dagangan hari ini.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 864 berbanding 378 manakala 454 kaunter tidak berubah, 471 kaunter tidak diniagakan dan 47 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 8.06 bilion saham bernilai RM4.39 bilion daripada 9.24 bilion saham bernilai RM4.33 bilion pada Khamis.

Sementara itu, bursa-bursa serantau juga kebanyakannya gagal menjejaki prestasi kenaikan saham Amerika Syarikat yang ditutup pada rekod baharu, didorong keyakinan terhadap pakej rangsangan bernilai US$900 bilion.

Bursa-bursa Asia mengambil pendekatan berhati-hati memandangkan sentimen cenderung di antara keyakinan terhadap pengenalan vaksin COVID-19 dan pemulihan ekonomi global seterusnya dengan kebimbangan mengenai kenaikan kadar jangkitan.

Bursa Saham Shanghai China susut 0.29 peratus kepada 3,394.90; Indeks Straits Times Singapura turun 0.19 peratus kepada 2,852.56; Nikkei 225 Jepun menguncup 0.16 peratus kepada 26,763.39; Indeks Hang Seng Hong Kong berkurangan 0.67 peratus kepada 26,498.60 sementara Kospi Korea Selatan meningkat 0.06 peratus kepada 2,772.18.

Di peringkat tempatan, peniaga berkata bursa dibuka sedikit tinggi namun mengalami penurunan selepas lima minit dagangan dan terus berada dalam aliran lemah berikutan tekanan jualan di kebanyakan kaunter berkaitan indeks.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata hari ini merupakan tempoh yang agak kelam-kabut bagi pasaran.

Beliau berkata ini kerana para pelabur merealisasikan keuntungan yang diraih kepada bentuk wang menjelang akhir tahun, dengan sebilangan peniaga berpandangan paras semasa FBM KLCI telah matang untuk pengambilan untung.

“Kebanyakan saham yang mengalami penurunan dalam 30 konstituen FBM KLCI adalah kaunter perbankan seperti Public Bank dan CIMB yang merosot lebih 2.0 peratus hari ini selain kaunter perladangan seperti Kuala Lumpur Kepong yang turun 3.6 peratus.

“Perbandingan antara sektor, Indeks perkhidmatan kewangan merupakan yang paling teruk apabila susut 2.3 peratus,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 24 sen kepada RM8.46, Public Bank susut 86 sen kepada RM20.64, Tenaga kurang dua sen kepada RM10.78, Top Glove menguncup enam sen kepada RM6.64 sementara Petronas Chemicals naik dua sen kepada RM7.58.

Bagi saham aktif, VSolar, Techna-X dan MNC Wireless masing-masing naik setengah sen kepada 4.5 sen, 19 sen dan 5.5 sen manakala waran Focus Dynamics dan Hiap Teck Venture masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 44 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 141.22 mata kepada 11,890.49; Indeks FBMT 100 susut 144.15 mata kepada 11,650.05; Indeks FBM Emas Syariah menguncup 83.81 mata kepada 13,334.47; FBM 70 berkurangan 149.24 mata kepada 15,218.60 dan FBM ACE merosot 155.61 mata kepada 10,447.65.

Sementara itu, Indeks Barangan dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.05 mata kepada 175,69; Indeks Perladangan kurang 79.58 mata kepada 7,349.80 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 301.21 mata kepada 15,425.00.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut kepada 4.87 bilion saham bernilai RM3.77 bilion daripada 5.95 bilion saham bernilai RM3.59 bilion pada Khamis.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 833.16 juta unit bernilai RM125.05 juta daripada 700.92 juta unit bernilai RM118.83 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE bagaimanapun berkurangan kepada 2.35 bilion saham bernilai RM493.83 juta daripada 2.59 bilion saham bernilai RM622.36 juta.

Barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang 588.64 juta saham didagangkan di Pasaran Utama, barangan dan perkhidmatan perindustrian (1.57 bilion), pembinaan (518.72 juta), teknologi (250.86 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (119.62 juta), hartanah (480.45 juta), perladangan (80.0 juta), REIT (17.42 juta), dana tertutup (55,900), tenaga (843.93 juta), penjagaan kesihatan (77.23 juta), telekomunikasi dan media (85.44 juta), pengangkutan dan logistik (94.10 juta) serta utiliti (142.66 juta).

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

3 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In