KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Bank Negara Malaysia (BNM) akan memuktamadkan Taksonomi Berasaskan Perubahan Iklim dan Prinsip bagi melaraskan pemahamanan dan penilaian risiko, kata Gabenornya Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Jelas beliau, taksonomi itu akan memberi satu elemen yang setara bagi mengkategorikan aktiviti ekonomi mengikut impak terhadap perubahan iklim.
“Ia juga bertujuan memudahkan aliran kewangan bagi aktiviti-aktiviti yang menyokong peralihan kepada ekonomi karbon lebih rendah,” katanya ketika menyampaikan ucap tama pada pelancaran Forum Kewangan Lestari dan Inklusif di sini, hari ini.
Menjelaskan selanjutnya, Nor Shamsiah turut menyifatkan taksnomi sebagai penting untuk pihak berkepentingan luaran dalam memastikan institusi kewangan bertanggungjawab terhadap komitmen risiko iklim mereka.
“Kami bekerjasama dengan institusi kewangan di Malaysia bagi menambah baik ketelusan membabitkan bagaimana pertimbangan risiko iklim ini diterapkan dalam membuat keputusan perniagaan.
“Sehubungan itu, kami sedang memperhebatkan rancangan untuk menggalakkan lagi institusi kewangan melaksanakan saranan Pasukan Petugas Khas Mengenai Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD) membabitkan pendedahan berkaitan,” katanya.
Nor Shamsiah menegaskan, usaha memastikan integriti pendedahan itu menjadi teras dan perlu memaparkan komitmen perusahaan yang meluas terhadap aspek mitigasi dan penyelarasan membabitkan risiko iklim.
“Ini tidak hanya meningkatkan kredibiliti serta kepercayaan di pihak berkepentingan, namun turut membantu mewujudkan peluang pertumbuhan dan mencapai daya tahan perniagaan yang lebih kukuh,” katanya.
Sambil menyifatkan misi tersebut membabitkan banyak pihak berbeza, beliau berkata BNM sedang bekerjasama erat dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, sektor kewangan dan rakan-rakan lain menerusi Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim bagi memacu serta menyelaras respon kolektif sektor kewangan terhadap risiko iklim.
“Kami juga terlibat secara aktif dengan kementerian dan agensi kerajaan yang relevan untuk menyelaras strategi sektor kewangan dan iklim nasional serta mengatasi halangan pembiayaan dan pelaburan hijau,” katanya.
Selain itu, mengulas sukuk hijau, beliau berkata Malaysia terus berada di kedudukan hadapan segmen berkenaan yang memenuhi keperluan pelabur yang memilih pelaburan dengan impak positif terhadap alam sekitar, khususnya ke arah aktiviti pendanaan atau teknologi yang menyokong pelepasan karbon rendah serta masyarakat peka dan berdaya tahan dari segi iklim.
Beliau turut memberi contoh pelancaran Sukuk Prihatin oleh kerajaan baru-baru ini yang menjadi usaha untuk memerangi COVID-19 dan menyokong pemulihan ekonomi.
“Ini termasuk pembiayaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana terutama usahawan wanita, menyokong geran bagi penyelidikan dan penyakit berjangkit serta menambah baik kesalinghubungan untuk sekolah-sekolah di pedalaman. Pelabur juga mempunyai pilihan untuk menyumbangkan jumlah prinsipal itu apabila matang,” katanya.
Mengulas pendigitalan, Nor Shamsiah berkata pandemik COVID-19 juga telah melonjakkan usaha ke arah digitalisasi tersebut.
Beliau berkata, sejajar usaha negara berganjak ke arah penerapan teknologi lebih canggih, adalah kritikal untuk menitikberatkan tiga perkara penting – agenda digitalisasi perlu bersifat inklusif; usaha digitalisasi perlu menggabungkan permintaan dan penawaran dan ia harus dilengkapi dasar yang menyokong pengupayaannya.
Bagi melonjakkan perkara itu, beliau berkata sektor kewangan khususnya perkhidmatan kewangan digital mampu dijadikan antara infrastruktur asas bagi perluasan usaha digitalisasi.
“Infrastruktur pembayaran digital misalnya lazim dilihat sebagai salah satu elemen utama bagi mana-mana ekonomi digital. Platform sedemikian tidak hanya memberi kecekapan untuk pelanggan runcit dan transaksi urus niaga kecil tetapi akan turut menyediakan ‘asas’ data yang besar yang mana dapat mewujudkan inovasi dan lapisan perkhidmatan,” katanya.
Dalam pada itu, Forum Kewangan anjuran bersama BNM dan Kumpulan Bank Dunia itu berlangsung selama empat hari bermula hari ini.
Ia menumpukan isu-isu berkaitan aspek penyelesaian kewangan baharu yang inklusif dan lestari yang diusahakan oleh Malaysia serta negara-negara membangun bagi menyokong pemulihan yang berdaya tahan daripada COVID-19.
— BERNAMA
Nak Tahu Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?
Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout ->