• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bintai Kinden Pelbagaikan Kepada Pembangunan Hartanah Dan Perniagaan Pengurusan

in Catalyst
A A
Rakan Kongsi Bintai, Generex Meterai Perjanjian Bagi Teknologi Platform Vaksin Li-Key
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Bintai Kinden Corporation Bhd bercadang untuk mempelbagaikan kepada pembangunan hartanah dan perniagaan pengurusan bagi mengurangkan kebergantungan kepada perniagaan mekanikal dan kejuruteraan elektrik.

Di bawah cadangan itu, syarikat akan menjalankan dua pembangunan hartanah bercampur dan projek pengurusan, iaitu “Holistica Melaka” dan “Holistica Penang” dengan kemudahan penjagaan kesihatan dan perkhidmatan kesejahteraan di Melaka dan Pulau Pinang.

Dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM558 juta, Holistica Melaka adalah projek pembangunan bercampur bertemakan kesejahteraan yang menyeluruh dan bersepadu, terdiri daripada kondominium-hotel (condotel), kondominium kediaman, pangsapuri persaraan dan gaya hidup, kelab kesejahteraan dan pusat pakar perubatan.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

Sementara itu, Holistica Penang, dengan anggaran GDV sebanyak RM83.7 juta adalah projek pembangunan condotel gaya hidup di Penang Development Land menampilkan sebuah bangunan 21 tingkat, terdiri daripada 98 unit condotel.

Pengarah Urusan Ong Choon Lui berkata pengembangan segmen perniagaan pembangunan hartanah Bintai Group merupakan sebahagian daripada strategi korporat syarikat untuk mempelbagaikan kepada industri lain dengan prospek pertumbuhan yang kukuh.

“Lembaga Pengarah yakin projek pembangunan bercampur itu akan menyumbang 25 peratus atau lebih kepada pendapatan masa depan syarikat dan meningkatkan kedudukan kewangan Bintai Group. 

“Sumbangan pendapatan tambahan daripada projek pembangunan bercampur itu dijangka meningkatkan keuntungan syarikat dan pulangan ke atas dana pemegang saham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bintai Group mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menjalankan dan menyiapkan pelbagai pembinaan pembangunan hartanah dan projek-projek yang berkaitan selama 36 tahun.

Antara projek pembangunan hartanah utama di bawahnya ialah skim perumahan PKNS di Bangi, Selangor; Mount Pleasure Apartment, Pulau Pinang; dan Kiara Water Fall Condominium Bayu Angkasa, Kuala Lumpur.

Sementara itu, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata kumpulan akan mengembangkan lagi segmen pembangunan hartanah dan perniagaan pengurusannya dengan pengambilalihan simpanan tanah dan/atau usaha sama dengan pemilik tanah untuk menjalankan aktiviti pembangunan hartanah.

“Kumpulan sedang mencari peluang untuk membangunkan dan membina projek perumahan kos rendah dan pembangunan bercampur lain untuk menggalakkan kestabilan sosial ekonomi dan pembangunan nasional di Malaysia.

“Kumpulan akan terus memantau perkembangan terkini dalam pasaran hartanah di Malaysia dan menyasarkan untuk melancarkan projek pembangunan dan pengurusan hartanahnya pada masa depan bagi memanfaatkan kitaran pasaran hartanah apabila sesuai,” katanya.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

3 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

3 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

3 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In