• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Hebahan

Belanjawan 2021 Imbangi Kapasiti Penjagaan Kesihatan, Pemulihan Ekonomi – Tengku Zafrul

in Hebahan
A A
Kredit gambar: Kementerian Kewangan

Kredit gambar: Kementerian Kewangan

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

 KUALA LUMPUR, 6 Nov  (Bernama) – Belanjawan 2021 bertujuan untuk mengimbangi keperluan dan kapasiti penjagaan kesihatan di samping memacu momentum pemulihan ekonomi semasa serta membina daya tahan yang lebih baik untuk masa hadapan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut beliau,  Belanjawan 2021 dirangka berteraskan empat tema utama iaitu menjaga kebajikan rakyat, memacu pertumbuhan ekonomi, melestarikan kehidupan dan memantapkan penyampaian perkhidmatan awam.

“Kerajaan akan meneruskan inisiatif bersasar bagi melindungi nyawa dan kehidupan di samping mengutamakan golongan mudah terjejas,” katanya dalam Laporan Tinjauan Ekonomi 2021 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Berkaitan

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal

Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Mampu Lonjakkan Harga Getah

Tengku Zafrul berkata kerajaan juga berharap dapat bekerjasama rapat antara agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil bagi memangkin trajektori pertumbuhan yang lebih lestari mulai 2021 dan seterusnya.

Bagi peluang pertumbuhan ekonomi, Tengku Zafrul menjelaskan penularan COVID-19 telah mendorong kepada penggunaan digitalisasi yang lebih pantas dalam sektor perniagaan dan pendidikan dan masyarakat.

Beberapa kajian telah menganggarkan nilai ekonomi faedah perdagangan digital boleh meningkatkan ekonomi Malaysia sebanyak RM222 bilion pada 2030 berbanding RM31 bilion pada 2019.

“Pendigitalan merupakan trajektori pertumbuhan baharu bagi pelbagai industri berasaskan perkhidmatan dan sektor sokongan seperti elektrik dan elektronik, e-dagang dan ekonomi gig.

“Potensi besar lain termasuk bidang penjagaan kesihatan dan sektor sampingan yang berkaitan. Produk, perkhidmatan dan peralatan perubatan dijangka  berkembang pada tahun mendatang,” kataTengku Zafrul.

Fundamental ekonomi negara masih kukuh dengan kepelbagaian asas ekonomi yang baik dan masih mempunyai kedudukan fiskal yang teguh.

Oleh itu, ekonomi negara dijangka berkembang sehingga 7.5 peratus pada tahun 2021.

— BERNAMA

Share223ShareSend

Related Posts

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal
Hebahan

Kementerian Pendidikan Tinggi Dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Jalin Memorandum Persefahaman Bangun Program Graduan Pasaran Modal

6 months ago
bursa malaysia
Hebahan

Bursa Malaysia Pinda Peraturan Perniagaan, Keperluan Penyenaraian Bagi Cuti Peristiwa

9 months ago
ANRPC Semak Semula Penggunaan Getah Global, Unjuran Pengeluaran
Berita

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Mampu Lonjakkan Harga Getah

11 months ago
Malaysia Airlines Perbaharui Kerjasama Dengan SITA Tingkatkan Ketersambungan
Hebahan

Malaysia Airlines Tambah Frekuensi Penerbangan Untuk Destinasi Domestik Menjelang PRU15

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In