• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 26, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Berita

Bank Dunia Turunkan Unjuran Pertumbuhan 2020 Malaysia Kepada -4.9 Peratus

in Berita
A A
Bank Dunia Turunkan Unjuran Pertumbuhan 2020 Malaysia Kepada -4.9 Peratus

Sumber Gambar : Comunicaffe

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Susulan penguncupan lebih ketara berbanding jangkaan pada suku kedua 2020, Bank Dunia menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi tahun ini kepada -4.9 peratus, lebih rendah daripada unjuran awal pada -3.1 peratus.

Menerusi kenyataan hari ini, Bank Dunia berkata perubahan unjuran itu menunjukkan ketidaktentuan yang menyelubungi kadar kepantasan dan permulaan pemulihan ekonomi global adalah meningkat, yang akan mempengaruhi keputusan pelaburan dan permintaan luaran.

Selain itu, peningkatan kadar pengangguran dan kelemahan lain dalam pasaran buruh akan terus menjejaskan penggunaan swasta, menurutnya.

Berkaitan

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

Bank Dunia berkata berikutan penutupan sementara kebanyakan ekonomi dan kekurangan operasi perniagaan, pasaran buruh amat terjejas, dengan kadar pengangguran meningkat kepada 5.1 peratus pada suku kedua 2020, angka tertinggi dalam tempoh 30 tahun.

Penyertaan tenaga buruh susut kepada 68.1 peratus pada suku kedua 2020 daripada 68.8 peratus pada suku pertama dan ramai pekerja menghadapi tempoh kerja lebih singkat dan pengurangan gaji.

“Berdasarkan perkembangan ini, kebanyakan komponen permintaan, seperti eksport bersih, penggunaan swasta dan pelaburan swasta diunjurkan berkurangan pada 2020,” menurut Bank Dunia susulan pelancaran laporan ‘From Containment to Recovery: Economic Update for East Asia and the Pacific, October 2020’.

Ekonomi Malaysia terjejas teruk berikutan pandemik COVID-19, sehingga mencatatkan penguncupan dua digit 17.1 peratus pada suku kedua 2020 susulan kekurangan permintaan domestik apabila Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan untuk membendung jangkitan selain situasi luaran yang turut lemah.

Bank Dunia berkata perbelanjaan kerajaan dijangka meningkat, terutama disebabkan perbelanjaan pakej rangsangan.

Sementara itu, kemiskinan bagi Garis Kemiskinan Kelas Pendapatan Pertengahan Atas iaitu US$5.50 sehari (berdasarkan Pariti Kuasa Beli 2011 dolar) dijangka meningkat sedikit kepada 0.9 peratus daripada 0.8 peratus pada 2020.

Bank Dunia berkata peningkatan ini disebabkan oleh kadar pengangguran lebih tinggi, tempoh bekerja disingkatkan dan aktiviti perniagaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lebih perlaha.

Ini berlaku walaupun kesan penguncupan telah diimbangi menerusi beberapa langkah bantuan dan pemulihan oleh kerajaan, yang mengurangkan impak ke atas penggunaan swasta.

“Kadar Kemiskinan Pariti Kuasa Beli 2011 pada US$5.50 sehari dijangka susut kepada 0.6 peratus pada 2021 dan 0.5 peratus pada 2022,” menurutnya.

— BERNAMA

Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share206ShareSend

Related Posts

Sektor Kuasa Malaysia Turut Terkena Bahang Perang Ukraine-Rusia
Berita

Harga Tenaga: Mengapa Bil Elektrik Melonjak Naik?

4 weeks ago
Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023
Berita

Inisiatif Pasaran Modal, Ekonomi MADANI Antara Topik Utama Dibincangkan Pada SCID 2023

2 months ago
Kadar Inflasi Dunia Meningkat, Apa Pelabur Boleh Buat?
Berita

Masa Tepat Laksanakan Pembaharuan Subsidi, Perlukan Strategi Tangani Halangan — Pakar Ekonomi

3 months ago
Program Khas Peremitan Pendapatan Yang Disimpan Di Luar Negara
Berita

229,613 Borang B Diterima Setakat 14 Jun, Angka Masih Rendah – LHDN

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In