• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

ATA IMS Dijangka Catat Aliran Pesanan Stabil, Dipacu Permintaan Kukuh

in Catalyst
A A
ATA IMS Dijangka Catat Aliran Pesanan Stabil, Dipacu Permintaan Kukuh

Kredit Gambar : ATA IMS

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) — ATA IMS Bhd dijangka mencatatkan aliran pesanan yang kukuh, dipacu oleh permintaan tinggi terhadap produk oleh pelanggan utamanya terutama dari pasaran Asia, menurut penyelidikan CGS-CIMB Equities Sdn Bhd.

Penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik itu semalam melaporkan keuntungan dan perolehan suku tahunan tertinggi — masing-masing pada RM52.29 juta dan RM1.34 bilion — bagi suku kedua yang berakhir 30 Sept, 2020.

“Walaupun kami menjangkakan ia mencatat perolehan dan keuntungan bersih yang normal bagi suku ketiga dan keempat tahun kewangan 2021 selepas prestasi suku kedua lebih kukuh secara bermusim, namun kami yakin aliran pesanan yang diterima akan tetap stabil berikutan permintaan kukuh terhadap produk oleh pelanggan utama ATA khususnya dari pasaran Asia,” menurut firma pembrokeran itu.

Berkaitan

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

CGS-CIMB turut mengunjurkan aliran pesanan daripada pelanggan baharu ATA meningkat berbanding angka pada suku kedua bagi tahun kewangan 2021 serta tahun kewangan 2022 sekali gus mendorong penggunaan barisan pengeluarannya mencapai kadar lebih baik.

“Kami berpandangan aliran pesanan jangka pendek (tiga bulan) ATA tetap utuh manakala aliran pesanan jangka sederhana hingga panjang kekal tidak menentu disebabkan kemungkinan gelombang pandemik COVID-19 seterusnya,” menurutnya.

Justeru, CGS-CIMB meningkatkan unjuran keuntungan sesaham ATA untuk tahun kewangan 2021 hingga 2023 sebanyak 4.2 hingga 8.4 peratus dengan mengambil kira aliran pesanan lebih baik serta kelebihan dari segi kos apabila pengeluaran menjadi lebih cekap.

Ia juga mengekalkan saranan ‘tambah’, dengan harga sasaran lebih tinggi iaitu pada RM2.43 sesaham berasaskan unjuran positifnya ke atas pesanan ATA.

— BERNAMA

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.

Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ bit.ly/ebook-leaders-laggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ bit.ly/ebook-leaders-laggards

Share221ShareSend

Related Posts

Serba Dinamik Rancang Punyai Satelit Sendiri Dalam Tempoh Tiga Tahun Setengah – Ketua Pegawai Eksekutif
Catalyst

Kerugian Bersih Serba Dinamik Naik Kepada RM1.3 Bilion

2 weeks ago
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

2 weeks ago
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Catalyst

SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE

2 weeks ago
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In