Siapa pernah rugi besar dalam pelaburan saham?
Ada yang kata rugi RM100,000 sebagai satu kerugian besar. Ada yang kata rugi RM1,000 pun dah tak boleh tidur malam.
Masing-masing ada pandangan yang berbeza.
Bang Din nak tanya, pernah tak kalian hampir berputus asa dengan pasaran saham sebab asyik rugi?
Baru buka akaun CDS terus beli saham padahal tak tahu macam mana nak pilih saham yang baik.
Kalau nak tahu semasa di awal penglibatan dalam pasaran saham, Bang Din pernah mengalami kerugian paper loss hampir 5 angka!
Pada ketika itu, rasa macam nak jual saja kesemua saham yang ada.
Pernah juga terasa yang mungkin saham ni bukan untuk Bang Din.
Tetapi atas nasihat teman-teman rapat, Bang Din mengambil keputusan untuk tidak berhenti dan memilih untuk bermula semula.
Berbekalkan ilmu dari pelbagai sumber dan guru, akhirnya Bang Din berjaya recover dengan meraih keuntungan 5 angka pada tahun yang sama.
Nasib baik Bang Din tidak mengibarkan bendera putih. Jika tidak mungkin terpaksa menanggung kerugian yang besar.
Bang Din mengenal pasti beberapa punca kenapa selalu rugi…
Tiada Ilmu
Kita semua tahu betapa pentingnya ilmu, tetapi kenapa masih ramai yang terus terjun ke pasaran saham tanpa ilmu yang mencukupi?
Terus terang dulu Bang Din pun sama seperti itu. Bila dah ada akaun CDS, rasa teruja untuk untung cepat dan main beli beberapa saham tanpa mengetahui apa itu analisa Fundamental dan Teknikal.
Bayangkan beli saham tanpa tahu hujung pangkal?
Beli saham pun kerana sekadar minat terhadap syarikat tersebut. Tanpa Bang Din ketahui, saham-saham yang dibeli itu kesemuanya mempunyai Fundamental yang teruk!
Tiada Disiplin
Bila dah ada ilmu, tetapi kenapa masih rugi? Jawapannya adalah tiada disiplin.
Apa maksudnya dengan tiada disiplin? Tiada disiplin adalah apabila kalian membeli saham dan;
- Tidak ikut trading plan
- Tidak buat trading journal
Perkara-perkara di atas semuanya Bang Din pernah buat.
Tidak Yakin Dengan Diri Sendiri
Ilmu dah ada dan boleh buat kajian sendiri, tetapi disebabkan tidak yakin dengan kajian sendiri, Bang Din pun beli saham berdasarkan saranan orang lain.
Penyakit seperti inilah yang akan menyebabkan pelabur baru terus rugi dan akhirnya menyerah kalah.
Sebenarnya jangan risau sangat sekiranya tidak yakin dengan diri sendiri ketika masa baru nak mula.
Jangan takut sangat dengan rugi. Kita perlu lalui proses ini supaya lebih cepat pandai.
Jika masih tak yakin, kalian tak perlu terus beli saham tu betul-betul.
Kalian boleh beli olok-olok di Bursa Market Place dan KLSE Screener. Praktikkan ilmu yang anda miliki dan beli saham secara olok-olok.
Setelah kalian konsisten membuat keuntungan maka anda boleh beralih ke pasaran saham sebenar.
Kesimpulannya, tidak kiralah berapa kali pun kalian rugi, kuatkan semangat untuk bangkit semula. Jika kita menyerah kalah dengan mudah, mungkin kita tidak akan berpeluang meraih pulangan yang luarbiasa.
Bang Din sentiasa berharap semua pembaca setia kami akan terus berjaya dalam pelaburan saham.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
*Daftar berdua terus dapat akses secara percuma! Sesuai untuk ZERO dan Newbies!