Oleh kerana jenama-jenama ini menzahirkan sokongan kepada satu negara tidak diiktiraf, maka mereka diboikot habis-habisan di serata dunia.
Pada 7 Oktober 2023 lalu, satu lagi konflik berdarah berlaku antara Hamas dan Israel. Akibat daripada itu satu gerakan dan kempen untuk memboikot jenama-jenama yang ada kaitan secara langsung atau tidak langsung dijalankan di serata dunia. Antara jenama besar yang berada dalam senarai teratas untuk diboikot adalah seperti berikut:
- McDonald Corporation (MCD)
- Starbuck Corporation (SBUX)
- Coca-Cola Company (KO)
Jom kita lihat apa jadi pada harga saham-saham ini sebelum, semasa perang dan selepas gencatan senjata dilakukan.
McDonald Corporation (MCD)
Jenama makanan segera yang sangat popular ini dikaitkan dengan Israel kerana dikatakan menyokong dan memberi sumbangan kepada Israel.
Harga saham MCD sebenarnya telah jatuh sebelum daripada serangan Hamas lagi. Iaitu pada penghujung Julai 2023. Harga tertingginya sebelum kejatuhan adalah sekitar US$298 seunit dan telah jatuh sehingga paras terendah pada tahun 2023 setakat ini US$246 seunit.
Peliknya, harga saham ini mula naik selepas serangan daripada Hamas kepada atas Israel dan ketika artikel ini ditulis, harga Saham MCD telah naik sekitar 14% dalam tempoh kurang dua bulan.
Kesan boikot seolah belum memberikan kesan kepada harga saham MCD ini.
Baca: McDonald’s beri makanan percuma untuk tentera Israel
Starbucks Corporation (SBUX)
Syarikat minuman kopi kayangan, Starbucks Corporation (SBUX) juga harga sahamnya telah jatuh sejak awal Mei 2023 lagi. Harga tertingginya sebelum jatuh adalah pada paras US$144 seunit.
Harga terendah dicatatkan pula adalah pada paras US$89 seunit. Beberapa hari selepas 7 Oktober, harga saham ini melonjak dan membuat kenaikan sekitar 20% daripada paras harga terendahnya.
Lagi diboikot, lagi mencanak naiknya.
Baca: Pemegang saham peribadi terbesar Starbucks, Howard Schultz sokong Zionisme?
Coca-Cola Company (KO)
Syarikat minuman ringan yang popular ini harga sahamnya mula jatuh pada penghujung April lagi. Harga tertinggi yang dicatatkan sebelum jatuh adalah pada paras US$65 seunit.
Harga saham ini jatuh sehingga keparas US$52 seunit sebelum membuat kenaikan bermula pertengahan Oktober 2023.
Setakat artikel ini ditulis, harga saham KO telah naik sekitar 12% daripada harga terendahnya pada tahun 2023.
Boleh tahan juga kenaikan harga sahamnya walaupun diboikot.
Baca: Coca-Cola melanggar undang-undang antarabangsa dengan beroperasi di tanah Palestin yang dicuri
Ketiga-tiga Saham Ini Adalah Saham Patuh Syariah
Walaupun jenama-jenama di atas ini terpalit dengan kontroversi Israel, tetapi dari segi piawai syariah, ketiga-tiga saham ini memenuhi kriteria saham patuh syariah.
Sebagai seorang pelabur, adakah anda akan beli saham-saham di atas untuk meraih keuntungan atau anda akan boikot juga daripada membeli saham-saham di atas?
Selain tiga jenama ini, banyak lagi pilihan syarikat global lain yang boleh anda pilih. Yang penting ada ilmu yang betul sahaja.
Nak Kejar Saham Wall Street Yang Bakal Naik?
Baru mula melabur dalam pasaran US?
Tak tahu nak pilih saham yang baik di pasaran US?
Selalu terlepas beli saham yang dah meroket?
Kami tahu kebanyakan buku-buku saham global yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…
Jangan risau…
Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang senang faham dalam Bahasa Melayu.
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
1. Apa Itu Leader & Laggard
2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard
3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard
4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street
5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street
6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street
Bila dah ada ilmu tentang Leader & Laggard, kita dah tak perlu pening nak kejar saham.
E-book ini sangat sesuai bagi yang serius nak buat duit USD melalui pasaran saham Wall Street.
Dapatkannya eBook Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet