fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 3, 2022
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Apa Itu Accumulation Distribution Line Dalam Analisis Teknikal

in Saham, Technical Analysis
A A
Apa Itu Accumulation Distribution Line Dalam Analisis Teknikal
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Pelaburan saham tidak dapat lari dari analisis teknikal (TA). Analisis teknikal membantu pelabur dalam menentukan masa terbaik untuk membeli dan menjual sesuatu saham. Dalam lautan ilmu analisis teknikal, ribuan jenis indikator dibangunkan untuk memudahkan para pelabur membuat keputusan membeli dan menjual. Indikator boleh dikategorikan dalam beberapa kategori. Saya selalu bahagikan kepada dua kategori. Pertama, indikator asas (basic) dan kedua indikator tambahan (supplement).

Indikator asas adalah seperti Moving average, Bollinger band, MACD dan beberapa lagi. Namun begitu, Accumulation Distribution Line adalah salah satu indikator tambahan (supplement). Hal ini kerana, indikator ini tidak dapat memberikan signal membeli dan menjual dengan tepat tanpa gabungan indikator yang lain.

Baca juga: Cara Guna Indikator Pivot Dalam Pelaburan Saham

Berkaitan

Dagangan Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Belian Lemah

Dagangan Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari

DEFINISI

Accumulation Distribution Line (ADL) adalah indikator yang berasaskan volume yang mana dicipta untuk mengukur supply dan demand dalam sesuatu saham. ADL boleh digunakan untuk menentukan sama ada pelabur sedang accumulating (membeli) atau distributing (menjual). Keadaan ini boleh ditentukan dengan plotting total money flow volume dalam sesuatu masa. ADL menunjukkan perbezaan antara volume masuk dan juga harga sebenar untuk menentukan trend semasa ataupun menjangkakan reversal di masa akan datang.

Sumber : TradingView

SEJARAH INDIKATOR ADL

Indikator ini dicipta oleh seorang stock analyst yang terkenal iaitu Marc Chaikin. Indikator ini mempunyai kaitan rapat dengan Chaikin indikator yang lain seperti Chaikin Oscillator dan Chaikin Money Flow Indikator.

CARA PENGIRAAN FORMULA INDIKATOR ADL 

Accumulation/Distribution = ((Close – Low) – (High – Close)) / (High – Low) * Period Volume

Untuk memahami bagaimana indikator ini berfungsi, ianya perlu untuk dibahagikan kepada beberapa formula lain. 

Formula 1 : Find the Money Flow Multiplier. 

((Close – Low) – (High – Close))/(High – Low) = Money Flow Multiplier

Selepas mengira Money Flow Multipler, kita perlu pula mengira Money Flow Volume.

Formula 2 : Money Flow Multiplier * Period’s Volume = Money Flow Volume

Seperti yang disebutkan di atas ADL dikira sebagai Money Flow Volume dalam sesuatu masa. Oleh itu, selepas nilai Money Flow Volume dikira, kita boleh plot ADL dalam carta sebagai Current Money Flow Volume.

ADL = Previous ADL + Current Money Flow Volume

APA YANG PERLU DILIHAT 

  1. TREND CONFIRMATION

ADL juga merupakan satu indikator yang boleh digunakan untuk menentukan aliran trend. Dalam masa aliran trend kuat menaik atau menurun, ADL akan selari dengan arah pergerakan harga untuk menentukan trend semasa.

Sumber : TradingView

DIVERGENCE

Divergence adalah perbezaan volume dan harga. Divergence memainkan peranan yang penting dalam menganalisa ADL. Seperti yang semua tahu, volume bergerak lebih laju daripada harga. Oleh yang demikian, jika anda melihat pergerakan volume dan harga dalam arah yang bertentangan sepatutnya perlu diambil perhatian. ADL membantu para pelabur dan pedagang untuk menentukan keadaan ini.

Bullish ADL Divergence ialah apabila ADL sedang dalam arah aliran menaik manakala harga dalam aliran menurun. ADL arah aliran meningkat menunjukkan peningkatan dalam tekanan belian (pengumpulan). Dengan mengandaikan volume mendahului harga, reversal pada harga nampaknya mungkin terjadi.

Sumber : TradingView

Divergence ADL Bearish ialah apabila ADL sedang menuju ke arah bawah manakala harga sedang meningkat. Dalam keadaan ini, ADL menandakan peningkatan dalam tekanan jualan (pengagihan), dan harga mungkin akan bertukar ke bawah tidak lama lagi.

Sumber : TradingView

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, ADL ialah penunjuk yang boleh dipercayai untuk menentukan arah pergerakan harga dan juga menjangkakan reversal yang bakal berlaku. Ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan, jadi ADL sememangnya boleh menjadi sangat berharga. Walau bagaimanapun, dengan hanya mengetahui tekanan pembelian dan penjualan biasanya tidak mencukupi kerana ADL mempunyai kekurangan dan perlu digabungkan dengan indikator asas yang lain. Kadangkala ADL boleh menjadi tidak selari dengan harga.

Seperti yang diterangkan pada permulaan artikal, ADL adalah salah satu supplement indicator yang mana tidak begitu kuat untuk dijadikan stand-alone indikator dalam strategi pelaburan kita. Sebaiknya, meletakan beberapa indikator lain dalam strategi kita untuk meningkatkan winning rate.

Cari Masa & Harga Terbaik Beli Saham, Maksimakan Keuntungan!

Ramai antara kita yang menggunakan Analisis Teknikal dalam membuat keputusan pembelian saham. Namun berapa ramai yang berjaya membuat pembelian pada harga yang TEPAT di waktu yang BETUL?

Selalu TERCIDUK bila membeli saham-saham menggunakan Analisis Teknikal?
Tidak pasti HARGA dan KETIKA pembelian saham dapat jana keuntungan MAKSIMA?
Tahu saham BERPOTENSI tapi masih TAK PASTI…?

E-Book Sweet Entry akan membantu anda memahami teknik untuk membuat pembelian saham pada harga yang TEPAT di masa yang BETUL.

Maksimakan KEUNTUNGAN, Minimakan KERUGIAN.

Apa yang anda akan belajar dalam E-Book Sweet Entry ini?

  1. Teknik Kaji Carta Untuk Menjangka Pergerakan Harga
  2. Cari Fasa Paling Selamat
  3. Kajian ‘Entry & Exit’ Pasaran Dengan Selamat
  4. Dan banyak lagi !

Nak beli saham pada harga yang tepat dan masa yang betul? Miliki sekarang E-Book Sweet Entry.

MILIKI E-BOOK SWEET ENTRY
Share307ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Belian Lemah

2 days ago
Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Rendah
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Dagangan Di Bursa Malaysia Hampir Tidak Berubah Pada Sesi Pembukaan Urus Niaga

3 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In