Genting Plantations Berhad (KLSE: 2291) (GENP) merupakan salah sebuah syarikat kelapa sawit terbesar yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Genting Berhad adalah merupakan pemegang saham terbesar GENP dengan pegangan sebanyak 54.4%.
Kini, GENP mempunyai nilai pasaran samasa RM8.2 bilion.
Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham GENP.
1. Aset Kelapa Sawit
Pada tahun 2020, GENP mempunyai estet kelapa sawit seluas 159,521 Hektar (Ha). Ini terdiri daripada 127,197Ha estet yang matang dan 32,324Ha estet tak matang.
Ia merupakan satu peningkatan keluasan daripada 93,497Ha pada tahun 2011.
Selain daripada itu, GENP mempunyai 12 buah kilang penapisan kelapa sawit (palm oil mills) yang beroperasi di Malaysia dan Indonesia. Ia mempunyai jumlah kapasiti penapisan sebanyak 665 MT setiap jam.
Untuk tempoh 10 tahun terkini, GENP meningkatkan pengeluaran fresh fruit bunches (FFB) daripada 1.37 juta MT pada tahun 2011 kepada 2.09 juta MT pada tahun 2020.
2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Untuk tempoh 10 tahun terkini, GENP telah mencatatkan peningkatan perolehan, daripada RM1.34 bilion pada tahun 2011 kepada RM2.50 bilion pada tahun 2020.
Peningkatan ini adalah selaras dengan kenaikan pengeluaran FFB, crude palm oil (CPO) dan palm kernel (PK) sepanjang tempoh ini.
Keuntungan bersih telah merosot daripada RM442.0 juta pada tahun 2011 kepada RM254.4 juta pada tahun 2020.
Ini kerana GENP telah merekodkan nisbah keuntungan yang lebih rendah disebabkan harga CPO telah menurun dan GENP telah membayar kos faedah yang lebih tinggi pada masa tersebut.
3. Pengurusan Aliran Tunai
Untuk tempoh 10 tahun terkini, GENP telah menjana sebanyak:
– RM3.65 bilion di dalam aliran tunai operasi.
– RM332.3 juta di dalam pendapatan faedah.
– RM105.8 juta di dalam pendapatan pelaburan.
– RM1.30 bilion di dalam pengeluaran ekuiti saham.
– RM1.81 bilion di dalam peminjaman hutang jangka panjang.
Daripada jumlah itu, GENP telah membayar sejumlah:
– RM2.51 bilion untuk pembelian property, plant & equipment (PPE).
– RM789.5 juta untuk perbelanjaan pembangunan ladang.
– RM836.5 juta untuk pembelian saham anak syarikat (subsidiaries).
– RM666.2 juta untuk kos faedah.
– RM1.26 bilion untukdividen kepada pemegang sahamnya.
Maka, GENP merupakan sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi.
Ini membolehkannya membiayai pembelian PPE dan membayar dividen kepada pemegang sahamnya secara berterusan untuk tempoh 10 tahun tersebut.
4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada tahun 2020, GENP telah merekodkan RM2.67 bilion di dalam liabiliti bukan semasa dan RM4.91 bilion di dalam ekuiti pemegangan saham.
Maka, nisbah hutang ia ialah 54.3%. Pada masa yang sama, GENP telah mencatatkan RM2.45 bilion di dalam aset semasa dan RM733.8 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa terkini bagi GP adalah 3.33.
5. Perkembangan Terkini
Pada Disember 2020, GENP telah memulakan operasi kilang penapisan kelapa sawit kelimanya di Indonesia.
Bernama ‘Cemerlang Oil Mill’, ia mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 60 MT setiap jam dan ia membolehkannya menapis FFB daripada estetnya di Kalimantan Barat.
Selain itu, GENP telah mula membina kilang penapisan kelapa sawit keenam yang terletak di Kalimantan Tengah pada 2H 2020.
Kapasiti penapisan kilang ini adalah sebanyak 40 MT setiap jam.
6. Pemegang Saham Utama
Selain daripada Genting Berhad, pemegang saham utama GENP adalah seperti berikut:
Tan Sri Lim Kok Thay dan anaknya, Encik Lim Keong Hui adalah merupakan pemegang saham utama GENP dengan pemegangan saham mereka di dalam Genting Berhad.
Terkini, posisi mereka di dalam GENP adalah seperti berikut:
7. P/E Ratio
Kini, harga GENP adalah RM9.10 setiap unit.
Maka, P/E Ratio terkini bagi GENP adalah 32.10.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham / Earnings Per Share (EPS)
= RM 9.10 / RM 0.2835
= 32.10
Perbandingan P/E Ratio terkini dengan P/E Ratio lepasan tidak diberikan kerana perbandingan ini adalah lebih bermakna jika sebuah syarikat yang tersenarai berjaya mencapai kenaikan keuntungan bersih secara berterusan untuk 10 tahun terkini.
8. P/B Ratio
Pada 31 Disember 2021, GENP telah mencatatkan RM5.48 di dalam aset bersih setiap saham.
Ia mempunyai P/B Ratio terkini sebanyak 1.66, paras terendah untuk tempoh 10 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM9.10 / RM5.48
= 1.66
9. Kadar Dividen
Pada tahun 2020, GENP telah mengisytiharkan 10.0 sen di dalam Ordinary Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen terkininya adalah 1.10% setahun.
Kadar Dividen Terkini:
= (DPS 2020 / Harga Saham) x 100%
= (RM 0.10 / RM 9.10) x 100%
= 1.10%
Nota:
GENP juga telah mengisytiharkan 11.0 sen di dalam Special Dividend Per Share (DPS) pada tahun 2020.
Kebiasaannya, special dividen ini diabaikan dalam perhitungan kadar dividen terkini kerana objektif kita sebagai pelabur adalah untuk menerima pendapatan dividen daripada saham secara berterusan.
Perbandingan kadar dividen terkini dengan kadar dividen lepas tidak diberikan kerana perbandingan ini adalah lebih bermakna jika sebuah syarikat telah capai peningkatan keuntungan bersih secara berterusan untuk tempoh 10 tahun terkini.
Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati bahawa:
Jadi, wajarkah anda melabur di dalam saham GENP? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM