Diperbadankan pada tahun 1998, Sarawak Cable Berhad (“SCABLE”) telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada 25 Mei 2010. Pada awalnya SCABLE hanyalah merupakan sebuah pengeluar kabel kuasa. Kini SCABLE telah mengembangkan portfolio perniagaannya dengan melibatkan diri dalam fabrikasi tiang dan menara keluli, produk hot-dip galvanized, loji janakuasa hidro mini dan pembinaan talian penghantaran.
Penggabungan anak syarikat SCABLE iaitu Leader Cable Industry Berhad (LCIB) dan Universal Cable (M) Berhad (UCMB) sejak Januari 2015, telah menjadikan SCABLE pengeluar kabel terbesar di Malaysia dan peneraju utama di Asia Tenggara. Pada masa yang sama, SCABLE merupakan one-stop-centre dalam menjadi pembekal kabel elektrik dan projek saluran transmisi di Malaysia.
1. Top 10 Pemegang Saham Syarikat Sarawak Cable

Pemilik Sarawak Cable adalah Mahmud Abu Bekir Taib iaitu anak kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. Ini pengaruh bukan biasa-biasa ni.
Di samping itu, syarikat penyedia tenaga elektrik Sarawak turut berada dalam senarai iaitu Sarawak Energy Berhad. Tiada pelabur institusi (jerung) kelihatan dalam senarai Top 10 pemegang saham SCABLE.
2. Pengeluar Kabel dan Wayar Terbesar di Malaysia

SCABLE merupakan pengeluar kabel yang terbesar di Malaysia dan merupakan peneraju industri ini di rantau Asia Tenggara.
3. Portfolio Perniagaan
Ianya boleh dikategorikan kepada dua bahagian utama iaitu pembuatan dan projek / kejuruteraan.
A. Pembuatan
Sebagai pengeluar kabel terkemuka di Asia Tenggara, SCABLE mempunyai tujuh (7) kilang kabel yang terletak di Semenanjung Malaysia (di Tampoi, Pandan, Plentong, Nilai, Tikam Batu, Meru) dan satu (1) di Kuching, Sarawak. Berikut merupakan produk keluaran syarikat Sarawak Cable ini.

B. Projek / Kejuruteraan

Scable juga menyediakan perkhidmatan dan pemasangan bagi kerja-kerja berikut:
- Rekabentuk, membekal, penghantaran, pemasangan talian penghantaran (transmission line).
- Kerja raya untuk projek pencawang dan loji janakuasa.
- Kerja-kerja infrastruktur dan pembinaan.

4. Prestasi Suku Tahunan

Jom lihat prestasi suku tahunan SCABLE bagi suku ketiga tahun 2020. Laporan kewangan terkini adalah bertarikh 27 November 2020. Hasil pendapatan SCABLE pada suku ketiga 2020 adalah sebanyak RM212.75 juta dan keuntungan bersih syarikat adalah sebanyak RM3.44 juta. Prestasi yang sangat baik jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun lepas.
Jika kita membuat perbandingan bagi setiap suku, SCABLE telah membuat kenaikan sebanyak 119%. Jika membuat perbandingan di antara suku tahun ini dan suku yang sama tahun lepas, peningkatan sebanyak 202% dapat disaksikan.
5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Bagi tempoh 12 bulan terkini, SCABLE telah merekodkan RM693.56 juta di dalam perolehan dan mengalami kerugian bersih sebanyak RM88.78 juta. Perolehan dan keuntungan bersih telah merosot disebabkan kebanyakan projek terpaksa ditunda dan diberhentikan buat sementara waktu kerana pandemik COVID-19 yang melanda.
Suku yang terakhir menampakkan terdapat tanda-tanda awal bahawa SCABLE akan membuat comeback dengan Perintah Kawalan Pergerakan semakin dilonggarkan dan ekonomi semakin pulih.

6. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 30 September 2020, SCABLE telah mencatatkan RM147.39 juta untuk ekuiti keseluruhan. Pada masa yang sama, syarikat telah merekodkan RM451.38 juta di dalam aset semasa dan RM619.6 juta di dalam liabiliti semasa. Maka nisbah semasa terkini bagi SCABLE adalah 0.73.
7. Tema Kaunter SCABLE
Perkara yang menarik mengenai SCABLE adalah aktiviti perniagaannya yang mempunyai kepelbagaian, membolehkan syarikat ini terlibat dalam tiga jenis tema berbeza iaitu tema besi, tenaga boleh diperbaharui dan juga tema kaunter Sarawak.
Umum mengetahui bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung bila-bila masa saja kerana mandat bagi kerajaan negeri Sarawak akan berakhir pada Jun 2021, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara automatik akan terbubar. SCABLE adalah syarikat yang berasal dari Sarawak dan jemput baca artikel mengenai kaunter-kaunter Sarawak, jemput baca Saham Berkaitan Sarawak Yang Boleh Diperhatikan Menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak.
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB