Thong Guan Industries Berhad (KLSE: 7034) (Thong Guan) adalah antara salah sebuah syarikat plastic packaging yang terunggul di Malaysia. Kini, pada harga RM4.98, ia mempunyai nilai pasaran sejumlah RM 925.5 juta.
Ia merupakan peningkatan CAGR sebanyak 25.2% di dalam nilai pasaran jika dibandingkan dengan RM97.8 juta, iaitu nilai pasaran 10 tahun yang lalu.
Di sini, saya akan memberi rumusan terperinci tentang keputusan kewangannya, pelan pertumbuhan terkini bagi Thong Guan dan membuat penilaian sahamnya secara objektif pada RM4.98, iaitu harga semasanya.
Jom, mari kita lihat 12 perkara ini sebelum nak melabur saham Thong Guan.
1. Segmen 1: Plastic Packaging
Thong Guan menjana kebanyakan rezekinya daripada segmen plastic packaging dalam masa 10 tahun lepas. Segmen ini telah mencapai CAGR sebanyak 8.6% dan 14.9% di dalam perolehan dan keuntungan segmen dalam masa tersebut.
Perolehan telah meningkat daripada RM382.5 juta pada tahun 2009 kepada RM874.9 juta pada tahun 2019. Ini menyumbang kepada peningkatan keuntungan segmen daripada RM18.2 juta pada tahun 2009 kepada RM72.9 juta pada tahun 2019.
Prestasi ini adalah hasil daripada peningkatan dalam pengeluaran kapasitinya dan jualan eksport ke negara-negara di Asia dan Eropah sepanjang tempoh tersebut.
2. Segmen 2: Penghasilan Produk-Produk F&B
Thong Guan juga berupaya menghasilkan produk teh, kopi dan mi organik. Pada masa kini, sumbangan keuntungan daripada segmen ini kecil jika dibandingkan dengan plastic packaging.
Perolehannya telah meningkat CAGR sebanyak 11.4% dari RM 21.3 juta pada 2009 ke RM 62.6 juta pada 2019. Segmen ini mencatat kerugian pada 2017 dan 2018 sebab ia telah merekod kerugian daripada bisnes restoran dan impairment losses daripada operasi penghasilan mi organiknya.
3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Lepas
Secara keseluruhannya, Thong Guan telah mencapai pertumbuhan CAGR sejumlah 8.7% dan 15.1% dalam perolehan dan keuntungan bersih bagi tempoh 10 tahun lepas. Perolehannya telah meningkat daripada RM408.8 juta pada tahun 2009 kepada RM939.2 juta pada tahun 2019.
Ini telah menyumbang kepada peningkatan keuntungan bersih daripada RM15.2 juta pada tahun 2009 kepada RM61.8 juta pada tahun 2019.
4. Return on Equity (ROE)
Thong Guan telah mencapai ROE purata sebanyak 9.70% setahun di dalam 10 tahun tersebut. Maksudnya, ia telah menjana RM9.70 di dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100 ekuiti pemegangan saham dalam masa 10 tahun tersebut.
5. Pengurusan Aliran Tunai
Dari tahun 2010 sehingga 2019, Thong Guan telah menjana sebanyak:
a. RM 386.9 juta dalam aliran tunai operasi bersih
b. RM 215.9 juta dalam pengeluaran ekuiti dan pinjaman jangka panjang bersih
Dalam masa tersebut, ia telah membelanjakan sejumlah:
a. RM 311.0 juta dalam Capital Expenditures (Capex) bersih
b. RM 87.6 juta dalam pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.
Maka, Thong Guan telah menambah baki tunainya dari RM34.9 juta pada tahun 2009 kepada RM227.2 juta pada tahun 2019.
6. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 31 Mac 2020, Thong Guan mempunyai RM67.9 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM600.4 juta dalam ekuiti pemegang saham. Jadi, nisbah hutang bagi Thong Guan adalah 11.31%.
Pada masa itu, ia juga mencatat sebanyak RM597.6 juta dalam aset semasa dan RM190.3 juta dalam liabiliti semasa. Dengan itu, nisbah semasanya adalah 3.14.
7. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Thong Guan telah mencatatkan RM961.9 juta dan RM66.4 juta di dalam perolehan dan keuntungan bersih bagi tempoh 12 bulan terkini. Jadi, ia telah mencatat sejumlah 35.6 sen di dalam Earnings Per Share (EPS).
EPS 12 Bulan Terkini
= Keuntungan Bersih 12 Bulan Terkini / Jumlah Saham Terkini
= RM 66.428 juta / 186.690 juta
= 35.6 sen
8. Pelan Pertumbuhan
Thong Guan telah memulakan penghasilan Courier Bags disebabkan kenaikan permintaan daripada e-Commerce di seluruh dunia. Jualan Courier Bags telah menyumbang sejumlah RM48.0 juta kepada Thong Guan pada tahun 2019.
Pada tahun 2020, Thong Guan telah mengemukakan pelannya untuk memulakan operasi 1 premium stretch filem dan 1 blown filem line yang ditempah daripada Jerman. Kini, operasi dua mesin tersebut telah ditangguhkan kerana kawalan gerakan yang disebabkan oleh wabak COVID-19.
9. Siapa Pemilik Utama Thong Guan?
Pada 10 Jun 2020, Foremost Equals Sdn Bhd (FE) mempunyai sejumlah 39.96% pemegangan saham Thong Guan dan ia merupakan pemegang saham terbesar syarikat tersenarai tersebut.
Dato’ Ang Poon Chuan, Dato’ Ang Poon Khim, dan Datuk Ang Poon Seong ialah adik-beradik, pemegang saham FE, dan dilantik sebagai pengarah Thong Guan. Ang See Ming, anak kepada Dato’ Ang Poon Chuan juga telah dilantik sebagai pengarah Thong Guan.
10. P/E Ratio
Pada 19 Ogos 2020, harga saham Thong Guan adalah RM 4.98 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 13.99 jika dibandingkan dengan EPS-nya bagi 12 bulan terkini sebanyak 35.6 sen. Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio lepas (2010 – 2019), P/E Ratio terkini adalah tertinggi dalam 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 4.98 / RM 0.356
= 13.99
11. P/B Ratio
Pada 31 Mac 2020, Thong Guan telah merekod sebanyak RM 3.23 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 1.54. Kalau kita bandingkan ia dengan P/B Rationya lepas (2010 – 2019), ia adalah tertinggi pada 10 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 4.98 / RM 3.23
= 1.54
12. Kadar Dividen
Thong Guan telah membayar 9.00 sen di dalam dividen sesaham pada 2019. Dengan itu, terbuktilah ia sebuah syarikat yang telah membayar dividen secara meningkat dan konsisten pada 10 tahun tersebut.
Kadar dividen terkini bagi Thong Guan ialah 4.22%. Jika dibandingkan dengan kadar dividennya yang lepas (2010-2019), ianya merupakan yang terendah sepanjang 10 tahun tersebut.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.09 / RM 4.98) x 100%
= 1.81%
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, saya mendapati:
Wajarkah untuk kita melabur saham Thong Guan? Bagi mendapatkan jawapan tersebut, kita kena tanya diri kita sendiri.
Apakah kriteria kita dalam membuat pilihan saham apa yang ingin kita labur dan sebab apa kita nak beli saham tersebut.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.