My E.G. Services Berhad (KLSE: 0138) (MYEG) adalah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini membekalkan pelbagai perkhidmatan digital kepada kerajaan dan syarikat swasta di Malaysia. Nilai pasaran terkini MYEG adalah sekitar RM6.43 bilion.
Mari kita lihat 11 perkara ini sebelum nak melabur saham MYEG.
1. Model Perniagaan
MYEG menjana pendapatannya daripada:
Menurut laporan tahunan pada tahun 2019, 80% daripada perolehan MYEG adalah daripada segmen swasta. Lagi 20% daripada perolehannya adalah daripada pembekalan perkhidmatan digital kepada kerajaan.
2. Pelaburan Antarabangsa
Pada tahun 2017, MYEG mula mengembangkan perniagaannya ke luar negara. Kini MYEG mempunyai pegangan saham di dalam syarikat-syarikat tersebut:
3. Pengubahan Tarikh Pengakhiran
MYEG telah mengubah tarikh pengakhiran (atau cut-off date) bagi tahunan kewangannya sebanyak dua kali pada tahun 2018 dan 2019. Untuk tempoh dua tahun tersebut, MYEG telah melaporkan prestasi kewangannya untuk tempoh 15 bulan. Butirannya adalah seperti berikut:
Dalam artikel ini, kami telah melaraskan semula tempoh laporan kewangan untuk membuat perbandingan keputusan kewangan MYEG dengan lebih adil.
4. Keputusan Kewangan Tahunan
MYEG telah merekodkan peningkatan CAGR sebanyak 24.1% dan 30.2% dalam perolehan dan keuntungan bersih untuk tempoh 10 tahun terkini. Perolehan syarikat meningkat daripada RM55.43 juta pada tahun 2009 kepada RM479.71 juta pada tahun 2019. Keuntungan bersih MYEG juga telah meningkat daripada RM17.56 juta pada tahun 2009 kepada RM245.94 juta pada tahun 2019.
MYEG telah merekodkan keuntungan bersih yang rendah pada tahun 2018. Ianya disebabkan oleh impairment loss sebanyak RM171.74 juta secara one-off daripada:
Kedua-dua sumber kerugian tersebut adalah berkaitan dengan pemindahan sistem cukai daripada GST kepada SST pada tahun 2018.
5. Return on Equity (ROE)
MYEG telah mencapai purata ROE untuk tempoh 10 tahun sebanyak 26.48% setahun. Ini membawa maksud bahawa MYEG menjana RM26.48 dalam keuntungan bersih bagi setiap RM100 di dalam ekuiti pemegangan saham pada tahun 2010 sehingga tahun 2019.
6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk tempoh 12 bulan terkini, MYEG telah menjana RM501.87 juta di dalam perolehan dan RM261.93 juta untuk keuntungan bersih. Maka, Earnings Per Share (EPS) untuk MYEG dalam tempoh 12 bulan tersebut adalah 7.6 sen.
7. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada Q3 2020, MYEG merekodkan RM130.11 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM892.21 juta dalam ekuiti pemegangan saham. Maka, nisbah hutang terkini MYEG adalah 14.58%. Pada masa yang sama, ianya telah mencatatkan RM521.48 juta dalam aset semasa dan RM273.85 juta dalam liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasa MYEG adalah 1.90.
8. Pengumpulan Dana
Pada 9 Disember 2020, MYEG telah mengumumkan proposed placement untuk menerbitkan 220.0 juta unit saham tambahan yang bernilai RM407.0 juta bagi tujuan pelaburan ke dalam projek-projek yang disenaraikan di bawah.
Pada 17 Disember 2020, MYEG telah menyelesaikan penyenaraian 120.0 juta saham baru MYEG (1st tranche) dan berjaya memperoleh dana tambahan bernilai RM216 juta.
9. P/E Ratio
Pada 9 Januari 2021, harga saham MYEG adalah sekitar RM1.75 seunit. Jadi, P/E Ratio yang terkini adalah 23.03, jika dibandingkan dengan EPS-nya untuk tempoh 12 bulan terkini bernilai 7.6 sen. Jika kita membandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 – 2019), nilai terkini adalah lebih rendah daripada nilai puratanya untuk tempoh 10 tahun terkini.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 1.75 / RM 0.076
= 23.03
10. P/B Ratio
Pada Q3 2020, MYEG telah mencatatkan sebanyak 24.74 sen di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya terkini adalah 7.07. Jika kita membandingkannya dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), ia adalah lebih rendah untuk tempoh masa 10 tahun terkini.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 1.75 / RM 0.2474
= 7.07
11. Kadar Dividen
Untuk 12 bulan terkini, MYEG telah membayar 2.50 sen di dalam Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen MYEG yang terkini adalah 1.43% setahun. Nilai ini adalah lebih rendah daripada kadar faedah yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan di Malaysia pada masa kini.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.025 / RM 1.75) x 100%
= 1.43%
Kesimpulan:
Kesimpulannya:
Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham MYEG? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
Daftar sekarang!
Klik >> thekapital.my/swing