Lii Hen Industries Berhad (KLSE: 7089) (LIIHEN) merupakan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang menjana pendapatan daripada pembuatan dan pengeksportan pelbagai jenis perabot, terutamanya set katil tidur, perabot pejabat, sofa dan bermacam-macam lagi. Kini, LIIHEN beroperasi di tapak pembuatannya sebesar 2.835 juta kaki persegi di Muar, Johor. Nilai pasaran LIIHEN yang terkini adalah sekitar RM698.40 juta.
Mari kita lihat 11 perkara ini sebelum melabur ke dalam saham LIIHEN:
1. Pasaran Utama
Pada tahun 2019, LIIHEN telah menjana perolehan sebanyak 73% daripada jualan eksportnya ke Amerika Syarikat yang merupakan pasaran terbesarnya. 19% perolehan adalah terdiri daripada jualan eksport ke pasaran lain seperti Asia Pasifik, Timur Tengah, Eropah, Afrika dan Latin Amerika. LIIHEN juga menjana 8% jumlah perolehannya daripada jualan tempatan di Malaysia.

2. Pelanggan Utama
Pada tahun 2019, LIIHEN telah menjana perolehan sebanyak 35% daripada tiga pelanggan utama. Jumlah perolehan daripada setiap pelanggan utama bagi LIIHEN adalah tersenarai seperti berikut:

3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
LIIHEN telah mencapai pertumbuhan perolehan CAGR setinggi 14.35% dan 17.16% keuntungan bersih sepanjang tempoh 10 tahun yang lalu. Perolehannya telah meningkat daripada RM218.9 juta pada tahun 2009 kepada RM836.7 juta pada tahun 2019. Ianya berpunca daripada kenaikan jualannya di Amerika Syarikat bagi tempoh masa tersebut.
Ini telah menyumbang kepada kenaikan keuntungan bersih daripada RM16.2 juta pada tahun 2009 kepada RM78.9 juta pada tahun 2019.


4. Return on Equity (ROE)
Dari tahun 2010 sehingga tahun2019, LIIHEN telah mencapai ROI untuk purata 10-tahun sebanyak 18.38% setahun. Ini bermaksud, LIIHEN menjana RM18.38 setahun dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100.00 dalam ekuiti pemegangan saham sepanjang tempoh tersebut.

5. Pengurusan Aliran Tunai
Dari tahun 2010 sehingga tahun 2019, LIIHEN telah menjana sebanyak RM474.8 juta di dalam aliran tunai operasi dan RM14.8 juta di dalam pendapatan faedah. Daripada jumlah itu, ia telah membiayai sejumlah:
– RM127.1 juta untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE)
– RM17.2 juta untuk pelaburan bersih ke dalam money market funds.
– RM18.6 juta untuk pembelian 100% Domain Partners Sdn Bhd (DPSB)
– RM9.8 juta untuk pemulangan bersih hutang jangka panjang.
– RM207.9 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang saham.
DPSB adalah sebuah syarikat yang memiliki industrial complex yang mempunyai gudang. Sebelum tahun 2017, LIIHEN telah menyewa gudang tersebut daripada DPSB. Kini, LIIHEN memiliki sepenuhnya gudang tersebut melalui pemilikan di dalam DPSB.
Maka, LIIHEN telah meningkatkan baki tunainya daripada RM17.8 juta pada tahun 2009 kepada RM144.9 juta pada tahun 2019. Terbuktilah bahawa LIIHEN merupakan sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi secara berterusan. LIIHEN juga telahmembuat bayaran dividen secara berterusan sejak 10 tahun yang lalu.

6. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku tahun ketiga 2020, LIIHEN telah merekodkan RM8.3 juta dalam jumlah hutang dan RM411.1 juta dalam ekuiti keseluruhan. Maka, nisbah hutang terkininya adalah 2.03%. Pada masa tersebut, LIIHEN telah merekodkan RM376.5 juta di dalam aset semasa dan RM144.9 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa terkininya ialah 2.60.
7. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk 12 bulan terkini, LIIHEN telah mencatatkan RM875.6 juta di dalam perolehan. Daripada jumlah tersebut, ia telah menjana RM79.3 juta di dalam keuntungan bersih atau 44.06 sen di dalam Earnings Per Share (EPS). LIIHEN telah membayar sebanyak 14.5 sen di dalam Dividend Per Share (DPS).

8. Ujian COVID-19 Testing
Pada 18 Januari 2020, LIIHEN telah mengumumkan bahawa ia telah menjalankan ujuan COVID-19 kepada pekerja-pekerja syarikat dan keputusannya adalah:
– 1,383 pekerja telah sembuh dan bebas daripada COVID-19.
– 875 pekerja telah dikuarantin dari 16 Januari sehingga 29 Januari 2021.
9. P/E Ratio
Pada 21 Januari 2021, harga saham LIIHEN adalah RM3.88 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 8.81, jika kita membandingkan dengan EPS-nya untuk 12 bulan terkini iaitu sebanyak 44.06 sen. Kalau kita bandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lalu (2015 sehingga 2019), ianya adalah lebih tinggi daripada purata untuk tempoh 5 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 3.88 / RM 0.4406
= 8.81

10. P/B Ratio
Pada suku tahun ketiga tahun 2020, LIIHEN telah mencatatkan sebanyak RM2.271 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya terkini adalah 1.71. Kalau kita bandingkannya dengan P/B Ratio pada tahun-tahun yang lepas (2015 sehingga 2019), ianya adalah lebih rendah untuk tempoh 5 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 3.88 / RM 2.27
= 1.71

11. Kadar Dividen
Untuk tempoh 12 bulan terkini, LIIHEN telah membayar 14.5 sen di dalam Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen LIIHEN yang terkini adalah 3.74% setahun. Jika dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2015 sehingga 2019), ianya adalah lebih rendah daripada nilai puratanya untuk tempoh 5 tahun terkini iaitu 4.80%.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.145 / RM 3.88) x 100%
= 3.74%

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati bahawa:

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham LIIHEN? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Buat julung kalinya, kami memperkenalkan
WEBINAR SENANG SAHAM 2.0 bersama speaker:
Tuan Eza EzamieCOO Majalah Labur
&
Tuan Iqbal Ilias
Technical Analyst (MSTA / CFTe)
#Hari 1 : 27 Februari 2021
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 28 Februari 2021
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 1 Mac 2021
Isnin, 9 pagi – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Kita belajar slow slow dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham
Kenapa SENANG SAHAM?
Sebab saham ni dia senang untung dan senang rugi. Lepas belajar 3 hari nanti bukan kata boleh terus pandai. Benda ni perlu praktis. Sekurang-kurangnya tuan-tuan dah ada ilmunya. Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.
Kita akan belajar deep…
FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Nak invest untuk long term?
Kami tunjukkan.
Nak trade untuk cari duit tepi?
Kami tunjukkan.
Nak beli saham sejam dua lepas tu jual?
Juga kami tunjukkan.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB