Time Dotcom Berhad (KLSE: 5031) (TIMECOM) merupakan sebuah syarikat telekomunikasi di Malaysia yang menjana pendapatannya dengan membekalkan servis telekomunikasi dan pusat data raya.
Terkini, TIMECOM mempunyai nilai pasaran semasa RM8.4 bilion.
Krisis kesihatan yang melanda Malaysia dan global telah menyebabkan segala industri beranjak ke digital.
Kesannya, ramai pelabur mula cakna akan keperluan infrastruktur telekomunikasi dan melihatnya sebagai peluang pelaburan yang menarik.
Mari lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur di dalam saham TIMECOM.
1. Data: Penjana Perolehan Utama (81%) bagi TIMECOM
TIMECOM beroperasi dengan aset-aset rangkaian fiber optiknya yang terletak di Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, dan Cambodia.
Rangkaiannya disokong oleh beberapa sistem cable lautan antarabangsa di mana TIMECOM memiliki saham di dalam syarikat seperti Asia Pacific Gateway, Asia-Africa-Europe-1, FASTER dan UNITY.
Dalam tempoh 8 tahun, TIME telah meningkatkan perolehannya daripada data dengan CAGR setinggi 16.8% daripada RM306.4 juta pada tahun 2012 kepada RM907.2 juta pada tahun 2019. Ianya disebabkan oleh peningkatan daripada jumlah jualan syarikat melebihi penurunan harga jualan broadbandnya sejak tahun 2018.
2. Data Centre: Penjana Perolehan Kedua Terbesar (12%) bagi TIMECOM
TIMECOM memiliki data raya yang terletak di Menara AIMS di Kuala Lumpur dan Cyberjaya.
Secara keseluruhan, TIMECOM telah menambahkan saiz aset data centres-nya sebanyak 30.9%, daripada 59,755 kaki persegi pada tahun 2016 kepada 78,215 kaki persegi pada tahun 2019.
Dengan itu, segmen data centre bagi TIMECOM telah merekodkan peningkatan perolehan CAGR sebanyak 21.3%, daripada RM33.60 juta pada tahun 2012 kepada RM130.01 juta pada tahun 2019.
3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Dalam tempoh 10 tahun terkini, TIMECOM telah merekodkan peningkatan perolehan keseluruhan sebanyak 14.8%, daripada RM321.1 juta pada tahun 2010 kepada RM1.1 bilion pada tahun 2019.
Andaikata jika kita mengabaikan keuntungan secara one-off daripada jualan ekuiti saham pelaburan dan deferred tax benefits yang dicatatkan dalam tempoh 10 tahun terkini, jumlah keuntungan bersihnya bertambah daripada RM88.6 juta pada tahun 2010 kepada RM233.1 juta pada 2019.
Dalam masa yang sama, TIMECOM telah mencapai purata Return On Equity (ROE) sebanyak 6.80% setahun. Jadi, ini bermaksud bahawa TIMECOM telah menjana RM6.80 di dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100.00 di dalam ekuiti pemegangan saham pada tahun 2010 sehingga tahun 2019.
Nota:
Keuntungan Bersih di dalam artikel ini telah diselaraskan dengan mengabaikan keuntungan dari Realisation of fair value gain from Available-For-Sale (AFS) dan Deferred Tax Benefits dalam tempoh 10 tahun tersebut.
4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2010 sehingga tahun 2019, TIMECOM telah menjana sebanyak:
– RM 2.95 bilion di dalam aliran tunai operasi yang positif
– RM 364.5 juta di dalam pendapatan daripada pelaburan (investment income)
– RM 320.4 juta daripada pelupusan pelaburan.
Daripada jumlah tersebut, TIMECOM telah membayar:
– RM 2.22 bilion untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE)
– RM 521.9 juta untuk pemulangan hutang jangka panjang.
– RM 82.0 juta untuk pembelian anak syarikat (subsidiaries)
– RM 50.6 juta untuk pemulangan kapital.
– RM 890.7 juta untuk pembayaran dividen (termasuk dividen khas).
Maka, TIMECOM telah berjaya menambah baki tunainya daripada RM 199.7 juta pada tahun 2010 kepada RM507.0 juta pada tahun 2019.
5. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada suku ketiga 2020, TIMECOM telah mencatatkan RM438.1 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM2.94 bilion dalam ekuiti pemegangan saham.
Maka, nisbah hutang bagi TIMECOM adalah 14.89%. Dalam masa yang sama, TIMECOM mencatat RM1.18 bilion dalam aset semasa dan RM423.9 juta dalam liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasa bagi TIMECOM adalah 2.79.
6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk tempoh 12 bulan terkini, TIMECOM menjana RM1.17 bilion dalam perolehan dan RM284.9 juta dalam keuntungan bersih (lihat nota di bawah) atau 48.02 sen dalam earnings per share (EPS).
Nota:
Keuntungan bersih dicatat Q4 2019 dan Q1 2020 di artikel ini telah diselaraskan dengan mengabaikan keuntungan dijanakan daripada item: ‘recognition of previously unrecognised temporary differences’ pada deferred tax.
7. Pelan Pertumbuhan Terkini
Berikut adalah projek pertumbuhan yang sedang dilaksanakan oleh TIMECOM:
a. TIMECOM sedang membina data centre yang baru di Cyberjaya.
b. Pada 31 Julai 2020, AIMS Data Centre (Thailand) Ltd (ADCT) yang dimiliki sebanyak sebanyak 51% oleh TIMECOM (subsidiari) berpakat dengan Symphony Communication Public Company Ltd (SCPC), 46.8%-milik syarikat Time (associate) untuk membina dan menjalani operasi data centre di Thailand.
c. Pada 7 Januari 2021, Time telah menyelesaikan pembelian 60% pemegangan saham dalam AVM Cloud Sdn Berhad, sebuah syarikat yang menjana pendapatannya daripada servis cloud computing, servis integrasi sistem, dan jualan dan servis berkaitan dengan IT.
8. Adjusted P/E Ratio
Berdasarkan keuntungan bersih yang diselaraskan, Time merekodkan RM0.480 di dalam earnings per share.
Pada 19 Februari 2021, harga saham TIMECOM adalah RM14.02. Maka, adjusted P/E Ratio terkini bagi TIMECOM adalah 29.20, lebih tinggi daripada purata adjusted P/E Ratio untuk tempoh 10 tahun terkini (2010-2019).
Adjusted P/E Ratio Terkini (12 Bulan Adjusted EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 14.02 / RM 0.4802
= 29.20
9. P/B Ratio
Pada suku ketiga 2020, TIMECOM telah merekodkan sebanyak RM4.88 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio TIMECOM terkini adalah 2.87. Jika kita bandingkan ia dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 – 2019), nisbah terkini adalah yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun terkini.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 14.02 / RM 4.88
= 2.87
10. Kadar Dividen
TIMECOM bermula membayar ordinary dividend pada 2016. Pada tahun 2019, TIMECOM telah membayar 29.03 sen dalam dividends per share (DPS). Maka, kadar dividen terkini bagi TIMECOM adalah 2.07% setahun.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.2903 / RM 14.02) x 100%
= 2.07%
Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati:
Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham TIMECOM?
Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM