• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 23, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Belian Ketika Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Aktiviti Belian Ketika Harga Rendah Pacu Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Bernama) —  Dagangan di Bursa Malaysia yang jatuh semalam setelah mencatatkan beberapa siri kenaikan, dibuka tinggi pagi ini, dirangsang oleh aktivti membeli ketika harga murah untuk beberapa saham terpilih.

Pada pukul 9.03 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.28 mata kepada 1,591.73 berbanding 1,589.45 ketika ditutup semalam.

Indeks utama bagaimanapun, susut sedikit sedikit sebanyak 1.03 mata pada 1,588.42 dengan saham TopGlove mencatatkan kemerosotan ketika dibuka pagi ini.

Berkaitan

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

Pergerakan harga keseluruhan pasaran masih lagi positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 291 berbalas 86, manakala 282 kaunter tidak berubah, 1,312 tidak diniagakan dan 18 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 469.86 juta unit bernilai RM220.86 juta.

Malacca Securities dalam nota ekuitinya berkata selepas mencatatkan kemerosotan sementara semalam, para pelabur akan memantau saham-saham yang di bawah nilai kerana minat pelabur masih lagi dalam lingkungan pasaran ekuiti.

“Ini terbukti dengan meningkatnya aktiviti urus niaga sejak kebelakangan ini yang menyaksikan aktiviti berpilih kekal dalam tempoh jangka masa akan datang,” katanya.

Ia menambah untuk hari ini, saham-saham perladangan akan menjadi tumpuan kerana harga minyak sawit mentah telah mencecah paras tinggi lima bulan, dirangsang oleh tahap inventori yang rendah dan prospek permintaan yang kian meningkat.

Sementara itu, secara teknikalnya FBM KLCI masih lagi berhadapan dengan paras halangan 1,600 – 1,615.0.

“Memandangkan kita telah menyaksikan satu lagi rekod dagangan tertinggi semalam, kita menjangkakan pasaran akan lebih lengang hari ini sehinggalah munculnya pemangkin atau apa-apa pengumuman penting,” kata beliau.

Saham-saham berwajaran tinggi, Tenaga Nasional bangkit semula daripada kerugian semalam, meningkat enam sen kepada RM11.40, manakala kumpulan Maybank dan CIMB, masing-masing menambah dua sen kepada RM7.84 dan 3.55.

Top Glove kembali pulih, naik 12 sen kepada RM24.94 manakala Hartalega kekal pada RM17.46.   

Untuk saham paling cergas, Hubline dan XOX, kedua-duanya naik satu sen kepada sembilan sen dan 19 sen manakala Lambo yang begitu aktif sejak semalam mengukuh setengah sen kepada lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 27.20 mata kepada 11,281.88, Indeks FBMT 100 menambah 20.42 mata kepada 11,133.12 dan Indeks FBM Emas Shariah lebih kukuh 25.82 mata kepada 13,091.04.

Indeks FBM 70 pula melonjak 43.70 mata kepada 14,195.40 dan FBM ACE meningkat 72.46 mata kepada 7,518.01.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melambung 47.52 mata kepada 13,432.01, Indeks Perladangan untung 0.86 mata kepada 7,032.84 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.38 mata kepada 138.63.

— BERNAMA

Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

2 weeks ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

2 weeks ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In