KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — AirAsia Bhd memperoleh pinjaman berjangka lima tahun berjumlah US$150 juta (RM705 juta) daripada sebuah institusi kewangan.
Capital A Bhd, syarikat induk AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, syarikat penerbangan itu akan menggunakan pinjaman tersebut bagi keperluan modal kerja dan membiayai kos penyenggaraan pesawat dan enjin.
“Pinjaman berjangka itu dijamin oleh, antara lain, jaminan korporat daripada Capital A, yang akan kekal sepanjang tempoh pinjaman,” katanya.
Capital A berkata, Bank Negara Malaysia pada 19 Sept, 2023, meluluskan permohonan AirAsia untuk memohon pinjaman berjangka di bawah Dasar Pertukaran Asingnya.
— BERNAMA