• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, December 4, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AirAsia Digital, Google Jalin Kerjasama Lancar Redbeat Academy

in Catalyst
A A
AirAsia Digital, Google Jalin Kerjasama Lancar Redbeat Academy

Sumber Gambar : AirAsia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) — AirAsia Digital yang juga entiti AirAsia Group, telah menjalin kerjasama dengan Google bagi melancarkan Redbeat Academy yang menjadi sebahagian daripada transformasi berterusan segmen digital berkenaan.

Presiden AirAsia Digital Aireen Omar berkata kemasukan dalam akademi terbabit yang sebelum ini dikhususkan untuk kakitangan AirAsia, kini sebaliknya dibuka kepada orang ramai dan perniagaan.

Akademi terbabit menawarkan siri bengkel teknologi dalam bidang termasuk Kecerdasan Buatan (AI), Pembelajaran Mesin, Kejuruteraan Perisian, Sekuriti Siber, Data Raya dan Infrastruktur meliputi tempoh antara dua bulan sehingga setahun.

Berkaitan

Capital A Kurangkan Kerugian Bersih Suku Ketiga Kepada RM178.82 Juta

Axiata Rekod Kerugian Bersih Lebih Tinggi Pada RM797.41 Juta

Keuntungan Bersih PPB Merosot Kepada RM372.55 Juta

“Bagi mereka yang tiada latar belakang teknologi, boleh memilih untuk mengikuti kursus asas yang memakan masa beberapa bulan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran akademi itu di sini, hari ini.

Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.

Hadir sama Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Datuk Kamarudin Meranun, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes dan Ketua Negara Google Malaysia Marc Woo.

Mengulas selanjutnya, Aireen berkata yuran yang dikenakan juga berpatutan manakala aspek kurikulum akademi itu disesuaikan mengikut keperluan pasaran.

“Ini semua berdasarkan pengalaman kami sendiri serta jenis tenaga kerja atau bakat yang kami perlukan.

“Kelas pengajian pula ditawarkan secara dalam talian dan fizikal. Namun, ada yang perlu dikendalikan oleh jurulatih kerana sukar diajar secara dalam talian,” katanya.

Sementara itu, pada majlis sama, Redbeat Academy turut memeterai kerjasama dengan Kumpulan Industritri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) yang membolehkan pekerja mendapat kemahiran semula dalam projek kejuruteraan perisian dan berteknologi tinggi.

Akademi itu turut menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaya dan Asia School of Business menerusi kolaboratif dengan MIT Sloan Management yang memberi kelayakan mikro terhadap kursus-kursus ditawarkan serta diperakui sebahagian daripada Pengakreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).

— BERNAMA

Nak Tahu Tak Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?

Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.

Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.

Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.

Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?

✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?

✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?

Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.

Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

Share225ShareSend

Related Posts

Capital A Minta Tempoh Lanjutan Kemuka Pelan Penyusunan Semula Muktamad Tangani Status PN17
Catalyst

Capital A Kurangkan Kerugian Bersih Suku Ketiga Kepada RM178.82 Juta

3 days ago
Saham Axiata Meningkat Susulan Pelan Penggabungan Kekal Berjalan Lancar
Catalyst

Axiata Rekod Kerugian Bersih Lebih Tinggi Pada RM797.41 Juta

4 days ago
Tiada Kenaikan Harga Produk Pengguna PPB Group Dalam Masa Terdekat
Catalyst

Keuntungan Bersih PPB Merosot Kepada RM372.55 Juta

4 days ago
Untung Bersih Suku Ketiga MBSB Susut Kepada RM32.84 Juta
Catalyst

Untung Bersih Suku Ketiga MBSB Susut Kepada RM32.84 Juta

4 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In