KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Kaunter minyak dan gas (O&G) yang sebelum ini dikategorikan sebagai saham mewah sepanjang masa, kini berada pada aliran penurunan yang tidak menentu berikutan pandemik COVID-19.
Memandangkan pintu sempadan terus ditutup untuk tempoh yang tidak dapat ditentukan dan sektor penerbangan dijangka terhenti dalam tempoh yang lama, pemerhati pasaran O&G berkata prospek jangka pendek untuk sektor tersebut masih tidak menentu.
Selain itu, penggiat O&G juga telah beralih kepada tenaga boleh baharu (RE), yang dilihat sebagai “trend baharu”.
“Dengan jumlah kes COVID-19 yang meningkat di peringkat global, selain dengan lebihan bekalan, harga minyak mentah dijangka kekal di bawah US$45 setong sekurang-kurangnya sehingga akhir suku pertama 2021,” katanya.
Beliau berkata langkah Amerika Syarikat ke arah lebih banyak pengeluaran RE dijangka memberi tambahan tekanan kepada pasaran.
“Di Asia, Jepun turut melaksanakan RE, dan Malaysia juga menuju ke arah itu,” katanya.
Sehingga 1.20 tengah hari, penanda aras minyak mentah Brent berada pada US$40.72 setong.
Pengeluar O&G Malaysia, Petronas turut melaksanakan dan mengembangkan portfolio RE berikutan permintaan yang lembap dan harga minyak yang rendah.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz mengkategorikan situasi semasa O&G sebagai “tetapan semula yang hebat”.
Dalam pasaran saham sehingga tengah hari ini, indeks tenaga sebanyak 665.47 mata, merosot hampir 50 peratus daripada nilainya sejak awal tahun ini, dengan bank pelaburan memberikan saranan “jual” ke atas kebanyakan konstituennya.
Bagaimanapun, terdapat optimisme mengenainya.
Walaupun pasaran O&G kini berada pada aliran penurunan, RE masih banyak yang perlu dilakukan, justeru, O&G dijangka akan mendapat permintaan sekali lagi apabila pandemik COVID-19 berakhir.
“Tiada tempoh mengenai bila negara-negara di seluruh dunia akan melaksanakan RE sepenuhnya, justeru, sektor O&G akan kekal sebagai komoditi yang diperlukan,” kata seorang penganalisis.
— BERNAMA
Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?
Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!
Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?
Jangan tertinggal keretapi lagi.
Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.
Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards