Market capitalization atau modal pasaran memberi bayangan saiz sesebuah syarikat. Semakin besar modal pasaran sesebuah syarikat, semakin tinggilah nilai syarikat tersebut. Syarikat tersenarai dibezakan dengan saiz modal pasaran dan dikategorikan sebagai small-cap, mid-cap dan large-cap.
Kita sering mendengar saham kategori-kategori ini. Namun, pernahkah anda mendengar syarikat mega-cap?
Sebelum kita pergi ke syarikat mega-cap, gambar rajah di bawah menerangkan perbandingan modal pasaran atau market capitalization bagi setiap kategori tersebut.
Jika begitu, anda juga pastinya sudah mengetahui syarikat mega-cap adalah syarikat yang memiliki modal pasaran lebih daripada USD200 bilion. Mega-cap merupakan satu terma yang digunakan untuk syarikat awam yang tersenarai di bursa saham serta memiliki modal pasaran melebihi USD200 bilion.
Anda bayangkan USD1 bilion sahaja sudah dianggap besar bagi kita. Namun sekiranya benar ada syarikat mega-cap, ini bermakna ada syarikat yang mempunyai nilai yang sangat besar.
Syarikat Mega-Cap Di Malaysia
Di Malaysia, syarikat di dalam negara ini belum lagi mencapai status mega-cap. Setakat 27 Julai 2022, syarikat dengan nilai tertinggi adalah Malayan Banking Berhad (MAYBANK) dengan modal pasaran RM105.336 bilion. Syarikat ini tidak path syariah.
Bagi saham syarikat patuh syariah dengan nilai tertinggi pula adalah Petronas Chemicals Group Berhad (PCHEM) dengan modal pasaran sebesar RM69.12 bilion.
Kita berharap pada suatu hari kelak akan ada syarikat tempatan yang mampu berkembang menjadi syarikat mega-cap pertama dari Malaysia. Walaupun negara belum lagi memiliki syarikat mega-cap, namun sekurang-kurangnya semakin banyak syarikat yang mula berkembang dengan baik termasuklah syarikat-syarikat yang baharu sahaja ditubuhkan ataupun sering dikenali sebagai start-up.
Menurut laporan ‘The Emerging Giants In Asia Pacific’, HSBC dan KPMG telah mengenal pasti 10 syarikat unicorn yang berpotensi di Malaysia yang mampu kekal dalam landskap perniagaan global sepanjang dekad yang akan datang.
Sumber: WallStreetPrep
Apa Maksud Syarikat Unicorn?
Unicorn adalah perniagaan baharu atau sering dikenali sebagai start-up milik swasta yang memiliki penilaian keseluruhan melebihi USD1 bilion.
Carsome Malaysia muncul selaku syarikat unicorn pertama negara dengan nilai lebih USD1 bilion.
Bagaimana Pula Syarikat Luar Negara Yang Tersenarai Di Pasaran Saham Asing?
Seperti yang diterangkan awal-awal tadi, syarikat di bawah kategori mega-cap memiliki modal pasaran melebihi USD200 bilion.
Syarikat teknologi terutamanya seperti Apple, Amazon dan Microsoft sudah pasti dikategorikan syarikat mega-cap malah modal pasaran syarikat ini juga telah mencecah trilion dollar.
Apple sebagai contoh memiliki modal pasaran setinggi USD2.63 trilion. (Jun 2022)

Microsoft pula memiliki modal pasaran sebesar USD2.095 trilion dan Amazon dengan USD1.375 trilion. (Jun 2022)
Pelaburan di dalam syarikat mega-cap ini dianggap mempunyai risiko yang rendah berbanding syarikat lain kerana syarikat mega-cap kebiasaannya adalah syarikat yang besar, mempunyai kedudukan kewangan yang sangat baik serta perniagaan bersifat futuristik.
Syarikat kategori ini juga kebiasaannya mempunyai pelabur institusi yang turut sama memegang sejumlah besar saham di dalam syarikat.
Sama-sama kita berharap agar pada suatu hari kelak ada syarikat daripada Malaysia yang bakal muncul sebagai syarikat mega-cap yang pertama dilahirkan.
Sumber:
Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.
Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.Mulakan sekarang.
Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab

Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :
1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti
Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.
Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.
Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham