Kumpulan Powernet Berhad atau lebih dikenali sebagai KPOWER adalah pengeluar fabrik dan juga tekstil warp knitted, fabrik laminated, cangkuk dan eye tapes, pembuat pakaian serta pakaian dalaman, side binding, bone casing serta ring dan slide.
Selain itu juga, KPOWER syrikat terlibat dalam sektor aktiviti tenaga & utiliti, infrastruktur & logistik dengan fokus dalam bidang teknologi hijau dan tenaga yang boleh diperbaharui.
KPOWER telah mempelbagaikan fokus serta segmen perniagaan setelah diambil alih oleh pengasas syarikat Serba Dinamik Berhad dan Grand Deal Vision Sdn Bhd, Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah pada tahun 2019.
Kerajaan juga sedang menggariskan satu pelan baru iaitu Peta Jalan Peralihan Tenaga Boleh Diperbaharui (RETR) 2035 yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui daripada gabungan pelbagai jenis tenaga kepada 20% menjelang tahun 2025.

Sebelum Ogos 2019, KPOWER merupakan syarikat yang sentiasa mencatatkan kerugian. Namun, bermula suku tahun keempat 2019 iaitu pada bulan Ogos 2019, KPOWER telah mencatatkan keuntungan untuk suku tahun berikutnya sehingga suku tahunan yang terkini. Mereka juga telah berjaya mencatatkan keuntungan sebanyak RM8.146 juta pada suku tahun pertama 2020.
Baru-baru ini, saham ini hangat diperkatakan setelah berjaya membuat kenaikan yang ketara untuk beberapa bulan yang lepas. Mari kita lihat 8 pemangkin yang membuatkan saham ini sangat menarik untuk kita tahu.

1. Pada 27 Januari 2021, KPOWER telah menandatangani kontrak bersama Public Islamic Bank Berhad (PIBB) untuk meneruskan kolaborasi dalam menyediakan kewangan dan pemasangan sistem solar photovoltaic (PV). Dengan penerimaan dan galakan penggunaan tenaga hijau oleh orang ramai, syarikat ini dilihat mempunyai potensi untuk menerima impak yang positif daripadanya.
2. KPOWER juga terlibat dalam usaha sektor penjagaan kesihatan dan telah menjual Personal Protective Equipment (PPE) dan penutup muka sejak April 2020 melalui Industri Powernet.
KPOWER juga menerima bahan logistik untuk pembuatan sarung tangan bersama dengan Chemtrax pada Oktober 2020.
Selain daripada itu, KPOWER juga telah menterai perjanjian kontrak pada Januari 2021 untuk menyediakan bekalan kit ujian polymerase chain reaction (PCR) untuk membanteras penularan Covid-19 di Indonesia. Kontrak ini bernilai USD6.0 juta daripada PT Area Cahaya Medika.
3. KPOWER kini memperolehi 70% pegangan di dalam syarikat Granulab (M) Sdn Berhad yang bernilai RM1.0 juta daripada Sirim. Pemilikan ini berlaku pada hari yang sama ketika perjanjian kit Covid-19 dengan PT Area Cahaya Medika.
4. Dengan meneroka sektor tenaga boleh ubah, KPOWER merupakan prospek tenaga boleh perbaharui yang cerah di Malaysia. Ini bagi mengikut trend global terkini yang lebih ke arah mengurangkan perubahan iklim dan kepada tenaga yang lebih mesra alam.

5. KPOWER merupakan salah satu pesaing yang kuat di dalam industri Engineering, Procurement, Construstion & Commissioning (EPCC) untuk projek kitaran keempat large-scale solar (LSS4).
6. Pertumbuhan pendapatan KPOWER sangat kukuh dengan order backlog bernilai RM1.6 bilion untuk projek green utility dan untuk keseluruhan tender yang bernilai RM3.2 bilion.
7. Sejak 4 November 2020, nilai pasaran KPOWER telah meningkat 2 kali ganda daripada RM370 juta kepada sekitar RM873 juta pada hari ini. Peningkatan ini telah meningkatkan keyakinan pelabur terhadap saham syarikat.
8. KPOWER kini dikenali sebagai solar EPCC yang menjadi kunci kepada pertumbuhan syarikat. KPOWER juga dikhabarkan sedang membuat kerjasama dengan Global Microgrid Technologies (GMGT) yang bertapak di Taiwan berkenaan projek solar di Taiwan yang bernilai NTD3.0 bilion.
Masih belum terlambat untuk belajar. Jika masih mencari kelas pelaburan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif, kami boleh bantu.
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Kini dilancarkan,
WEBINAR SENANG SAHAM 2.0 bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur
&
Tuan Iqbal Ilias
Technical Analyst (MSTA / CFTe)
#Hari 1 : 27 Februari 2021
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 28 Februari 2021
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 1 Mac 2021
Isnin, 9 pagi – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Kita belajar slow slow dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham
Kenapa SENANG SAHAM?
Sebab saham ni dia senang untung dan senang rugi. Lepas belajar 3 hari nanti bukan kata boleh terus pandai. Benda ni perlu praktis. Sekurang-kurangnya tuan-tuan dah ada ilmunya. Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.
Kita akan belajar deep…
FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Nak invest untuk long term?
Kami tunjukkan.
Nak trade untuk cari duit tepi?
Kami tunjukkan.
Nak beli saham sejam dua lepas tu jual?
Juga kami tunjukkan.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham
Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB