Minggu ini pasaran saham dijangka akan masih bergelora dengan peningkatan kes Covid-19 di Amerika Syarikat. Seperti yang kita tahu, sebarang perkara yang berlaku di pasaran saham Wall Street akan memberi kesan kepada pasaran saham di seluruh dunia.
Pada Jumaat yang lepas, kes kematian di Amerika telah mencecah lebih 4,000 kes kematian dalam masa sehari yang merupakan rekod tertinggi. Prestasi memberangsangkan indeks Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500 kemungkinan disebabkan Santa Claus Rally dan New Year Rally yang berlaku pada setiap hujung tahun dan awal bulan Januari. Prestasi yang baik syarikat teknologi terutamanya Tesla juga sedikit sebanyak melonjakkan Nasdaq ke paras tertinggi dalam sejarah.
Mari kita lihat 5 isu global untuk diperhatikan minggu ini.
1. Perkembangan Politik
Terdapat usaha daripada pihak Demokrat untuk mendakwa Donald Trump. CNN melaporkan pada malam Sabtu bahawa Naib Presiden Mike Pence masih tidak menolak kemungkinan untuk menggunakan Pindaan Ke-25, untuk melepaskan kuasa seorang presiden kerana gagal menggalas tugasnya.
Sekiranya didapati bersalah, Trump akan kehilangan kelebihan yang dinikmati sebagai bekas presiden seperti faedah penjagaan keselamatan dan pencen. Trump juga akan dilarang daripada mencalonkan diri untuk penggal kedua. Namun, langkah untuk mendakwa Trump memerlukan majoriti dua pertiga dengan sekurang-kurangnya 17 undi daripada parti Republikan.
2. Harapan Stimulus
Keputusan minggu lepas di Senat Georgia menunjukkan bahawa Demokrat sekarang mempunyai majoriti di Senat dan Dewan. Ini akan memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada para pelabur mengenai polisi fiskal yang akan dilaksanakan pada tahun 2021. Ianya merupakan pelan rancangan presiden Joe Biden untuk meningkatkan rangsangan fiskal dan mengenakan cukai yang lebih tinggi.
Biden mengumumkan bahawa pakej rangsangan ekonominya bernilai trilion Dolar Amerika. Biden turut berkata pakej yang akan dibentangkan pada hari Khamis (15 Januari 2021) ini turut melibatkan insuran pengangguran dan bantuan sewa.
Jumlah rangsangan yang lebih besar dijangka dapat meringankan beban ekoran tamparan hebat Covid-19 terhadap ekonomi Amerika Syarikat. Kita telah menyaksikan rekod tertinggi kes kematian disebabkan Covid-19 di Amerika iaitu lebih daripada 4,000 kes kematian dalam masa sehari.
3. Data Ekonomi
Amerika Syarikat akan mengeluarkan data mengenai inflasi harga pengguna pada hari Rabu (13 Januari 2021), sementara angka penjualan runcit untuk bulan Disember akan dikeluarkan pada hari Jumaat (15 Januari 2021). Inflasi dijangka membuat sedikit peningkatan.
Ketua Federal Reserve System (The Fed) Jerome Powell akan berucap pada hari Khamis (14 Januari 2021). Bank Pusat Amerika menyatakan bahawa kadar faedah akan terus berada hampir pada sifar sekurang-kurangnya sehingga tahun 2023 dan mengatakan masa depan ekonomi sangat bergantung kepada situasi pandemik Covid-19.
4. Pendapatan Bank
Musim perolehan bank-bank besar Amerika bermula dengan JPMorgan (NYSE: JPM), Citigroup (NYSE: C) dan Wells Fargo (NYSE: WFC) mencatatkan keputusan suku keempat pada hari Jumaat yang lepas. Sebilangan pelabur menjangkakan pendapatan syarikat terutamanya bank-bank gergasi dan data ekonomi berperanan besar dalam menggerakkan harga saham pada tahun ini
5. Pelancaran Vaksin
Pegawai kesihatan Amerika berusaha untuk mempercepatkan pelancaran vaksin Covid-19, berikutan data pekerjaan yang menunjukkan wabak tersebut semakin menyekat peluang pekerjaan. Pandemik ini telah menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan.
Setakat Khamis (7 Januari 2021) yang lalu, kira-kira 6 juta orang di seluruh Amerika telah menerima dos pertama vaksin. Jumlah tersebut tak sampai satu pertiga daripada lebih 21 juta dos yang dihantar setakat ini, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat. Jumlah itu adalah jauh lebih sedikit berbanding 20 juta vaksin yang telah dijanjikan oleh kerajaan Amerika menjelang akhir tahun 2020, walaupun wabak ini semakin tidak dapat dikawal dengan jumlah jangkitan, kemasukan ke hospital dan kematian yang terus meningkat.
Berminat nak belajar bagaimana nak jual beli saham global? Dah biasa buat duit dengan Bursa Malaysia, sekarang nak beralih angan ke Wall Street pula?
Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.
Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?
Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%
Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satu unit je.
Teringin nak explore pasaran saham Wall Street? Terlepas sesi Wall Street yang pertama tahun lepas?
Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!
Ini adalah kelas intensif.
Bila tu?
Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM
Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET
1. LEARN A WINNING SYSTEM
• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”
2. PROVEN FUNDAMENTAL
3. READ CHART LIKE A PRO
4. PLATFORM
• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US
5. SCREENER
6. PORTFOLIO MANAGEMENT
7. SENTIMEN
8. SAHAM KAJIAN
9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST
Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…
“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”
“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”
“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”
Speaker dah power, modul pun power.
InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.
Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik: