fbpx
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
Friday, March 5, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Trading Idea

4 Sektor Yang Dijangka Mendapat Kesan Positif Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0

by Hazim Rosman
12/02/2021
in Trading Idea
4 min read
4 Sektor Yang Dijangka Mendapat Kesan Positif Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0

Berkaitan

10 Fakta Menarik Tentang Pentamaster Yang Anda Kena Tahu

10 Fakta Menarik Tentang GREATEC Yang Anda Kena Tahu

MyDigital: Firma Penyelidikan Kekalkan Saranan Neutral Untuk Sektor Telekomunikasi

Dengan peningkatan kes wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 untuk negeri-negeri besar seperti Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Melaka, Johor dan Sabah bermula pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Namun untuk PKP kali ini, terdapat lima sektor yang dikategorikan sebagai sektor ekonomi penting yang dibenarkan beroperasi sepanjang PKP 2.0 ini. Sektor-sektor tersebut adalah yang melibatkan pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serda perladangan dan komoditi.

Pasaran saham tempatan dijangka akan lebih volatile sepanjang tempoh PKP ini namun dijangkakan terdapat empat sektor yang berpotensi untuk diperhatikan sepanjang tempoh PKP 2.0 ini.

1. Produk Dan Perkhidmatan Industri

Dengan kebenaran kerajaan untuk sektor yang membabitkan pengilangan dan pembuatan serta pembinaan dibenarkan untuk beroperasi sepajang tempoh PKP ini. Saham-saham yang berkaitan dengan pembinaan dan besi dijangka akan menerima impak yang positif dan boleh diperhatikan pelabur. Antara kaunter-kaunter yang berpotensi adalah seperti Annjoo Resources Berhad (ANNJOO), Melewar Industrial Group Berhad (MELEWAR) dan juga Malaysia Steel Works Berhad (MASTEEL).

2. Kesihatan

Dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19 yang kini mencecah angka ribuan orang setiap hari, sektor sarung tangan terutamanya akan dijangka mendapat perhatian pelabur. Di antaranya adalah Comfort Gloves Berhad (COMFORT), Kossan Rubber Industries Behrad (KOSSAN) dan Careplus Group Berhad (CAREPLS).

Saham syarikat yang berkaitan dengan vaksin juga tidak ketinggalan. Dengan jangkaan kemasukan vaksin di negara kita tidak lama lagi, saham seperti Pharmaniaga Berhad (PHARMA), Duopharma Biotech Berhad (DPHARMA) dan Bintai Kinden Corporation Berhad (BINTAI) sememangnya berpotensi.

3. Pengangkutan Dan Logistik

Berdasarkan sejarah PKP pertama yang dilaksanakan pada Mac 2020 lepas, sektor pengangkutan dan logistik menerima impak yang sangat positif. Ini kerana jumlah pesanan atas talian meningkat sepanjang tempoh ini.

Untuk PKP 2.0 ini juga, dijangkakan permintaan dan pesanan atas talian akan terus meningkat dan kemasukan vaksin Covid-19 ke dalam negara kita juga sedikit sebanyak akan memberikan kesan positif kepada syarikat pengangkutan dan logistik ini.

Di antara syarikat yang boleh diperhatikan adalah seperti Gdex Berhad (GDEX) dan Pos Malaysia Berhad (POS).

4. Teknologi

Sektor teknologi adalah di antara sektor yang lebih stabil berbanding sektor yang lain kerana permintaan dan kemajuan teknologi terus meningkat. Tidak kira ekonomi gawat atau ekonomi meningkat, permintaan terhadap teknologi tak akan putus. Norma baharu yang diamalkan dunia kini juga telah menggalakkan penggunaan teknologi secara meluas.

Di antara syarikat yang boleh diperhatikan adalah Elsoft Research Berhad (ELSOFT), Frontken Corporation Berhad (FRONKTKN), Dufu Technology Corporation Berhad (DUFU) dan Greatech Technology Berhad (GREATEC).

Semua cadangan saham di atas bukan saranan belian dan jualan, sebaliknya adalah tujuan pembelajaran semata-mata. Kajian yang mendalam perlu dilakukan sebelum membuat sebarang keputusan untuk membeli atau menjual sesuatu saham.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards


Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh? Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout, klik: thekapital.my/EbookBOB

Related Posts

10 Fakta Menarik Tentang Pentamaster Yang Anda Kena Tahu
Trading Idea

10 Fakta Menarik Tentang Pentamaster Yang Anda Kena Tahu

25/02/2021
10 Fakta Menarik Tentang GREATEC Yang Anda Kena Tahu
Trading Idea

10 Fakta Menarik Tentang GREATEC Yang Anda Kena Tahu

23/02/2021
MyDigital: Firma Penyelidikan Kekalkan Saranan Neutral Untuk Sektor Telekomunikasi
Trading Idea

MyDigital: Firma Penyelidikan Kekalkan Saranan Neutral Untuk Sektor Telekomunikasi

22/02/2021
8 Catalyst Penting Untuk Kaunter KPOWER, Patutlah Harga Saham Asyik Naik
Trading Idea

8 Catalyst Penting Untuk Kaunter KPOWER, Patutlah Harga Saham Asyik Naik

15/02/2021
Sektor Teknologi, Sektor Yang Evergreen Dan Sesuai Sepanjang Zaman
Trading Idea

Sektor Teknologi, Sektor Yang Evergreen Dan Sesuai Sepanjang Zaman

12/02/2021
No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?