• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

4 Sebab Harga Saham Genetec Disasar Naik Lebih 50% Oleh Pakar

in Fundamental Analisis
A A
4 Sebab Harga Saham Genetec Disasar Naik Lebih 50% Oleh Pakar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Genetec Technology Berhad kini antara jenama yang dikenali dalam industri kenderaan dan tempat simpanan tenaga mobiliti. 

Harga saham Genetec ini pernah diramal naik sehingga RM50 seunit oleh penganalisa pasaran sebelum harga saham ini diselaras selepas memberikan bonus issue kepada pelabur mereka. 

Baca: 4 Sebab Analyst Sasar Harga Genetec Naik RM50 Seunit

Berkaitan

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?

Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?

Genetec telah melaksanakan corporate exercise dengan memberikan bonus sebanyak 12 unit saham baru untuk satu unit saham sedia ada yang dimiliki pelabur mereka. 

Ini telah menyebabkan harga saham ini yang dulunya bernilai sekitar RM40.00 seunit diselaraskan menjadi RM2.90 seunit. Jumlah saham dagangan syarikat ini juga meningkat kepada 12 kali ganda daripada jumlah sebelum ini. 

Harga saham Genetec pada 27 Januari 2022 adalah sekitar RM2.83 seunit dan harga saham ini disasarkan akan naik sehingga RM4.30 seunit oleh penganalisa daripada CGS-CIMB, Tuan Mohd Shanaz Noor Azam. Ini merupakan kenaikan sekitar 51.9% daripada harganya ketika artikel ini ditulis. 

Jadi, mari lihat 4 sebab mengapa pengalisa daripada CGS-CIMB memberikan sasaran harga sehingga RM4.30 seunit untuk saham ini. 

Peningkatan Pendapatan Yang Berterusan 

Jangkaan pendapatan untuk suku tahunan ketiga tahun 2022 meningkat kepada 10% berbanding suku sebelumnya yang kebanyakannya disumbangkan daripada segmen hard disk. Segmen ini telah mengalami pertumbuhan 2.5 kali ganda berbanding suku sebelumya kepada RM10.6 juta. 

Sementara segmen kenderaan elektrik dan simpanan tenaga berkurangan sebanyak 2% berbanding suku sebelumnya kepada RM53.5 juta pada suku ketiga tahun 2022. 

Secara keseluruhannya, pendapatan bersih syarikat mengalami pertumbuhan sebanyak 12.3% berbanding suku sebelumnya kepada RM18.3 juta. 

Keuntungan Bersih Melonjak Sebanyak 34 Kali Ganda

Jualan untuk 9 bulan terkini pada tahun kewangan 2022 meningkat sebanyak 96% berbanding tahun sebelumnya, hasil daripada segment kenderaan elektrik dan simpanan tenaga. 

Margin pendapatan kasar sebelum cukai dan pembayaran faedah meningkat berkembang sebanyak 25.7% kepada 30.8%. Ini adalah hasil daripada peningkatan jualan dan efisiensi syarikat. 

Pendapatan bersih syarikat meningkat sebanyak 34 kali ganda kepada RM42.8 juta. Pihak CGS-CIMB menjangkakan syarikat ini mampu meraih pendapatan diluar jangkaan untuk tahun kewangan yang penuh. 

Buku Pesanan Syarikat Yang Kukuh

Semasa taklimat kewangan syarikat untuk unjuran suku ketiga tahun 2023, pihak pengurusan Genetec menyatakan bahawa mereka telah dapat pesanan baru bernilai RM60 juta, yang membawa nilai buku pesanan meningkat kepada RM198 juta.

Daripada jumlah keseluruhan buku pesanan tersebut, RM50 juta daripadanya adalah berkaitan kenderaan elektrik dan simpanan tenaga dan selebihnya adalah daripada hard disk. 

Pesanan berkaitan kenderaan elektrik adalah daripada pelanggan mereka di Amerika Utara yang sedang mengembangkan kilang kenderaan elektrik mereka ke California. 

Sementara itu, beberapa kumpulan pakar menjangkakan permintaan terhadap komponen kenderaan elektrik terus meningkat untuk tahun mendatang. 

Kepelbagaian Pertumbuhan Di Thailand

Pihak CGS-CIMB melihat prospek yang cerah untuk syarikat Genetec atas penglibatannya dalam dalam pembangunan eko sistem kenderaan elektrik di Thailand dan berpotensi untuk menjadi rakan niaga Asia Precision Public Company Limited (APCS).

APCS merupakan syarikat pembekal perlindung bateri dan merupakan peneraju kepada tenaga boleh ubah di Thailand.

CGS-CIMB Mensasarkan Harganya Naik Kepada RM4.30 Seunit

Dengan prospek syarikat yang cerah serta pendapatan yang kukuh, pihak CGS-CIMB mensasarkan harga saham ini meningkat kepada RM4.30 seunit.

Sebagai pelabur, sebaliknya kita lakukan kajian sendiri sebelum membuat sebarang keputusan belian walaupun saranan ini datangnya daripada broker. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?

Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.

Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM

Share703ShareSend

Related Posts

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu
Asas Saham

Jenis-Jenis Dividen Yang Pelabur Saham Perlu Tahu

4 months ago
Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?
Fundamental Analisis

Kenapa Pelabur Perlu Tahu Tentang Corporate Exercise?

1 year ago
Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?
Fundamental Analisis

Market Outlook 2022. Apa Kata Tuan Nik Ihsan?

1 year ago
Leader Dan Laggard. Mana Satu Pilihan Hati?
Fundamental Analisis

Leader Dan Laggard. Mana Satu Pilihan Hati?

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In