Riuh baru-baru ini apabila ada satu IPO mula didagangkan di pasaran awam pada 15 Mac 2023 dengan kenaikan mencecah sehingga 300%. IPO tersebut adalah IPO syarikat Oppstar Berhad, syarikat teknologi yang didagangkan di pasaran Ace Bursa Malaysia.
Untuk mendapatkan IPO ini melalui permohonan awam, ianya memang sukar kerana permintaan yang sangat tinggi sehingga langganan IPO ini terlebih sebanyak 77 kali permohonan. Memang dahsyat!
IPO ini ditawarkan dengan harga RM0.63 seunit dan dibuka pada hari pertama dagangan dengan harga atas RM2.00.
Baca: 10 Perkara Wajib Tahu Mengenai IPO Oppstar Berhad
Untuk artikel kali ini, kita akan melihat apa terjadi kepada harga saham ini untuk 30 minit pertama sesi pagi dan 30 minit pertama sesi petang dengan carta 1 berdurasi satu minit.
30 Minit Pertama Sesi Pagi Saham Oppstar
Pada minit pertama dagangan, harga IPO ini dibuka tinggi pada RM2.05 dan meneruskan kenaikan keparas RM2.14 sebelum ditutup pada paras RM2.07 pada minit pertama. Kemudian pada minit kedua dan ketiga kita melihat penjual menguasai pasaran dengan dua candlestick merah (tau hitam) muncul.
Minit kelima dan seterusnya melihat pembeli menguasai semula pasaran dengan membuat tiga candlestick hijau (atau puts) dan mencecah harga RM2.16 pada minit ke tujuh sebelum harga kembali membuat pullback pada minit-minit berikutnya.
Minit ke sepuluh sehingga minit ke 19 harga saham berada di fasa sideway dan paras yang kuat ketika ini adalah pada harga RM2.10.
Kemudian, harga saham ini membuat kenaikan sehingga ke paras RM2.17 sebelum kembali membuat pullback dan berlegar-legar pada paras RM2.15 sehingga habis 30 minit pertama untuk sesi pagi.
30 Minit Pertama Sesi Petang Saham Oppstar
Pada sesi kedua pula, harga saham ini dibuka pada harga RM2.24 dan berlegar-legar pada sekitar harga RM2.20 sebelum membuat momentum kenaikan pada minit ke 17 sesi kedua ini.
Selepas minit ke 17, harga saham ini terus menerus membuat kenaikan sehingga harga saham ini mencecah ke paras RM2.47 pada 30 minit pertama sesi kedua ini.
Status Shariah Saham Oppstar
Status syariah IPO ini daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SAC) masih tidak diketahui dan hanya mendapat status syariah interim daripada penilai pihak ketiga seperti Shariah Screener.
Jadi pelabur yang menggunakan akaun pelaburan syariah, anda tidak dapat membeli saham ini selagi status syariah daripada SAC belum dikeluarkan.
Jika diberikan peluang untuk membeli pada hari pertama, agakanya pada minit yang mana yang anda akan masuk ketika saham ini didagangkan?
Cuba kongsikan kepada kami strategi anda di ruangan komen.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
*Daftar berdua terus dapat akses secara percuma! Sesuai untuk ZERO dan Newbies!