“Betul ke dah tak boleh buat duit dekat Bursa Malaysia?”
Tidak dinafikan, dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan keadaan ekonomi dalam negara yang masih belum stabil menyebabkan keadaan pasaran saham di Bursa Malaysia agak sendu.
Kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat yang tinggi juga menjadi salah satu faktor pelabur mula bertukar instrumen pelaburan mereka dan memberi kesan kepada pasaran saham tempatan dan juga global.
Akan tetapi, walau apa keadaan pasaran sekalipun. Akan ada ruang dan peluang untuk pelabur buat duit sebenarnya. Jom kita lihat tiga saham di Bursa Malaysia yang meroket sejak awal September 2023.
Systech Naik Lebih 60% Sejak September 2023
Daripada carta setahun ini, kita dapat lihat harga saham Systech sememangnya nampak membuat fasa uptrend yang perlahan sejak awal tahun ini.
Namun harga saham Systech mula memulakan momentum yang padu pada awal Oktober 2023 apabila membuat breakout. Harga saham ini terus meneruskan membuat kenaikan sehingga penghujung Oktober 2023.
Jika kita bandingkan harga awal September hingga penghujung Oktober, kurang daripada dua bulan harga saham ini telah naik lebih daripada 60%. Hebat bukan?
Cuma setakat 31 Oktober ini saham ini nampak seperti sedang membuat pullback dan mencari tapak sekitar RM0.530. Mampukah saham ini kembali meroket pada bulan seterusnya?
MNHLD Naik Lebih 50% Kurang Daripada Dua Bulan
Sumber: Tradingview
Berbeza dengan saham Systech, MNHLD sedang melakukan fasa menurun atau downtrend sejak awal tahun 2023. Harga saham ini hanya membuat reversal pada awal September 2023 sehingga penghujung Oktober 2023.
Pada 19 Oktober 2023, harga saham ini telah membuat All Time High Breakout dan kenaikan saham tersebut terus naik sehingga artikel ini ditulis.
Dalam tempoh kurang daripada dua bulan, harga saham ini telah naik lebih 50%. Siapa kata tak boleh buat duit dekat Bursa?
FSBM Naik Lebih 100% Dalam Tempoh Kurang 2 Bulan
Saham yang meroket terakhir ini sangat hebat. Minat belian mula pada pertengahan Ogos 2023 dan sejak itu saham ini mula membuat Higher High dan Higher Low yang lebih tinggi. Pada awal Oktober 2023, saham ini terus meroket sehingga artikel ini ditulis,
Dalam tempoh kurag daripada dua bulan, saham ini naik sekitar 119%! Saham macam ini kalau nak masuk sekarang memang sangat berisiko. Takut tersangkut di pucuk.
Kenapa Nak Cerita Saham Yang Dah Naik?
Seperti biasa, akan ada pembaca yang mempersoalkan saham yang dah naik, buat apa cerita? Tetapi artikel ini ditulis hanyalah tujuan pembelajaran. Jika anda ada ilmu cukup di dada, anda pasti akan dapat mencari saham-saham seperti di atas sebelum harganya meroket lagi.
Ingat, walau apa keadaan pasaran sekali pun, pasti ada peluang untuk pelabur yang berilmu.
Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS
Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.
Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.
Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
*Daftar berdua terus dapat akses secara percuma! Sesuai untuk ZERO dan Newbies!