Tahun 2020 semestinya satu tahun yang bukan mudah kepada semua orang dan tentunya semua syarikat yang menjalankan perniagaan tidak lari daripada mengalami kerugian.
Hal ini memberi kesan kepada harga saham yang menjunam secara drastik seusai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Tetapi hari ini kita dapat lihat ekonomi sedikit demi sedikit sedang dalm proses pemulihan. Satu tahun yang sangat mencabar tapi kita boleh kupaskan pada akhir tahun 2020 iaitu suku tahun keempat 2020 (4Q2020).
Apakah 100 buah syarikat terbaik di Bursa Malaysia yang dapat beritahu kepada kita tentang ekonomi pada hari ini?
Mengikut data daripada Bloomberg dan Asia Analytica, 35 daripada 80 buah syarikat telah membuat pembaikan dalam operasi aliran kewangan selama 12 bulan pada 4Q2020. 80 buah syarikat yang dikatakan sebentar tadi adalah antara 100 buah syarikat tertinggi daripada Market Capitalization di dalam Bursa Malaysia.
Terdapat 2 buah syarikat yang meningkat dengan mendadak pada tahun 2020. Kita semua tahu akan sektor kesihatan menggunakan produk sarung tangan getah yang mana pemintaan untuk produk tersebut meningkat akibat daripada pandemik.
Hal ini memberi peluang kepada Supermax Corp Bhd dan Top Glove Corp Bhd mencanak operasi aliran kewangannya. Untuk Supermax Corp Bhd mencapai 1,926% dan Top Glove Corp Bhd pula sebanyak 1,215%.
Sebuah lagi syarikat yang memegang sektor penjanaan tenaga hidro, Mega First Corp Bhd juga meningkat operasi aliran kewangan mereka sebanyak 657% melalui projek empangan hidro di Kemboja.
Untuk 32 buah syarikat daripada 80 buah senarai syarikat yang tertinggi di Bursa Malaysia pada 4Q2020, terdapat beberapa syarikat yang meningkat operasi aliran kewangannya meningkat dan memulih dengan baik.
Antaranya, Mi Technovation yang meningkat sebanyak 540% dan Sime Darby Property pula meningkat sebanyak 175%.
Kajian ini kita boleh bahagikan lagi kepada 3 bahagian utama:
1. 62 Buah Syarikat Mengeluarkan Dividen Pada Suku Keempat Tahun 2020
Daripada 62 buah syarikat itu, 28 buah syarikat telah mengeluarkan dividen lebih tinggi daripada suku tahun yang sama pada tahun 2019. Dan suku tahun seterusnya 51 buah syarikat mengeluarkan dividen lebih tinggi, manakala terdapat hanya 3 buah syarikat sahaja yang mengeluarkan dividen dengan jumlah yang sama.
Data daripada Bloomberg juga menyatakan 16 buah syarikat daripada 100 buah syarikat ini telah memberikan dividen sebanyak 4% dan lebih.
Tersenarai di kedudukan tertinggi adalah UOA Development dengan jumlah 8.05%. UOA Development merupakan syarikat pemaju hartanah, yang mengutamakan pembangunan dan pelaburan hartanah jenis kediaman dan komersial.
Senarai ini diikuti dengan Malakoff Corp Bhd dengan jumlah 7.99% yang terlibat dalam sektor tenaga elektrik. Seterusnya diikuti dengan Top Glove dengan sebanyak 7.84%.
2. 55 Syarikat Mencatat Keuntungan Lebih Tinggi
51 buah syarikat mencapai keuntungan yang lebih tinggi daripada tahun sebelumnya. Terdapat juga 4 syarikat yang turn around menjadi syarikat yang untung walaupun dengan berlakunya pandemik Covid-19.
Daripada 51 buah syarikat tersebut, 25 buah daripadanya mencapai lebih daripada 50% pada year-on-year (Y-oY) mereka. Dalam bilangan tersebut juga, 16 buah daripadanya telah mencatat keuntungan sekurang-kurangnya 3 kali ganda.
Mungkin kita semua dah boleh teka apakah syarikat yang menjadi bintang pada 4Q2020 ini. Sudah tentunya saham yang berkaitan kesihatan dan produksi sarung tangan getah.
Antaranya adalah Supermax, IHH Healthcare dan Top Glove. Ketiga-tiga buah syarikat ini sekurang-kurangnya telah mencapai keuntungan sehingga 21 kali ganda.
IHH Healthcare meningkat keuntungannya kerana berlaku foreign exchange dan mendapat RM151.9 juta berbanding kerugian yang dialami setahun yang lalu sebanyak RM162.3 juta.
Manakala syarikat lain seperti DRB-Hicom meningkat pendapatan Y-o-Y sebanyak 262% yang mana dikatakan meningkat kerana pelancaran Proton terbaharu dan permintaannya yang banyak.
Kedua, IJM Corp Bhd meningkat sebanyak 190%. Antara sebab IJM Corp meningkat adalah kerana projek-projek yang telah selesai seperti Suria Pantai di Pantai Sentral Park, Ara Impian di S2 Heights dan Riana South di Cheras.
Ketiga, ATA IMS yang meningkat sebanyak 165% kerana permintaan produk elektronik mencanak dan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diringankan, ATA IMS merupakan di antara syarikat yang mendapat keuntungan lebih.
Untuk sektor semikonduktor 6 daripada 8 buah syarikat yang berada dalam senarai membuat keuntungan yang lebih tinggi untuk Y-o-Y, syarikat-syarikat tersebut adalah Inari Amerton Bhd (140.4%), D&O (118.9%), ViTrox Corp Bhd (79.4%) dan Greatech Technology Bhd (78%).
Manakala 2 buah syarikat lagi iaitu Unisem mencatatkan keuntungan yang bertukar positif dan Mi Technovation pula meningkat sebanyak 24%.
Pada 4Q2020 ini, kita juga dapati 8 buah syarikat yang terkesan teruk akibat pandemik Covid-19 seperti penerbangan dan pelancongan. Antara yang terjejas adalah Malaysia Airports Holdings Bhd dan Genting Malaysia.
Tetapi perbandingan di antara dua sektor ini, sektor penerbangan lebih terjejas teruk kerana kita semua tidak boleh bergerak bebas dan sempadan negara belum dibuka.
3. 59 Syarikat Mencatat Peningkatan Q-o-Q
Daripada 100 buah syarikat yang tersenarai, 59 mencatatkan prestasi yang lebih baik pada Suku Keempat 2020 berbanding Suku Ketiga 2020. Manakala 37 buah dilaporkan mempunyai prestasi yang berkurangan.
Untuk prestasi yang baik ini kita akan lihat DRB-Hicom berada di tangga pertama bersama peningkatan pendapatan 1,976%. Prestasi DRB-Hicom ini telah kita kupaskan sebab mereka meningkat tadi.
Kedua tertinggi pula, YTL Corp Bhd meningkat sebanyak 1,145%. Ianya disebabakn elepas PKP diringankan, projek YTL Corp di Singapura boleh dilaksanakan semula dan berjaya menyelesaikan kes mahkamah.
Seterusnya, MMC Corp Bhd meningkat sebanyak 194% kerana mempunyai banyak kontena yang diuruskan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Northport, kerana projek Klang Valley Mass Rapid Transit Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya Line (KVMRT-SSP Line) telah selesai kerja-kerja mengorek terowong, penjualan tanah di Senai Airport City (SAC) dan pengurangan perbelanjaan untuk operasi dan kewangan kepada semua anak syarikat.
Kemudiannya kita ada Leong Hup International meningkat sebanyak 133%.
Syarikat Top Glove merupakan satu-satunya syarikat yang berkaitan dengan pengeluaran sarung tangan getah yang telah mencapai keuntungan bersih sebanyak dua kali ganda dengan peningkatan Q-o-Q sebanyak 102% kepada RM2.38 bilion.
Seterusnya diikuti dengan Hartalega (83.8%), Kossan (55.6%) dan Supermax (34.2%).
Untuk sektor semikonduktor, kesemua 8 buah syarikat mencatatan peningatan keuntungan untuk Q-o-Q. Mengambil kedudukan tertinggi atau yang pertama adalah D&O dengan 105.8%, dengan Mi Technovation mencapai keuntungan yang paling sedikit iaitu sebanyak 7.3%.
Sumber Rujukan: The Edge Markets
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM