• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, March 22, 2023
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Inspirasi

3 Kepentingan Ilmu Pelaburan Untuk Semua Golongan

in Inspirasi
A A
3 Kepentingan Ilmu Pelaburan Untuk Semua Golongan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Nak tanya berapa ramai yang merasakan simpanan wang KWSP mereka mencukupi?”

Sebenarnya masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mempunyai simpanan wang KWSP yang mencukupi.

Menurut sumber yang diperoleh daripada Astro Awani, seramai 71 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.

Baca : 71 peratus pencarum KWSP Mempunyai Simpanan Kurang RM50,000

Berkaitan

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun

Statistik ini amat merisaukan kerana berapa lama kita boleh bertahan dengan simpanan kurang daripada RM50,000?

Menurut Ketua Pegawai KWSP, Tunku Alizakri Alias, berdasarkan kajian itu bermakna ahli pencarum KWSP hanya mempunyai RM208 sebulan jika mengambil kira 20 tahun kehidupan selepas bersara.

Pada pendapat anda, cukup tak RM208 sebulan untuk tempoh 20 tahun?

Dalam pada itu, satu lagi statistik membimbangkan ialah hanya satu daripada tiga pencarum mampu mencapai simpanan asas berjumlah RM240,000 ketika bersara.

Daripada statistik yang membimbangkan itu, nak tanya sekali lagi berapa ramai yang telah memulakan langkah awal untuk menambahkan simpanan asas untuk hari tua kelak?

Tidak kiralah mungkin ada yang telah memulakan pelbagai usaha seperti berniaga, membuat pelaburan emas, saham dan sebagainya.

Ini merupakan inisiatif yang baik sebagai langkah persediaan di masa hadapan.

Penulis secara peribadi memulakan langkah mempelajari ilmu asas pelaburan sebagai persediaan awal di hari tua di samping menambah sumber pendapatan.

Antara sebab utama saya mula terlibat dalam dunia pelaburan saham adalah seperti berikut.

1. Menambah Simpanan Di Hari Tua

Kita sedia maklum bahawa had umur persaraan di Malaysia adalah 60 tahun. Kita juga ada mencarum KWSP sebagai langkah menyimpan untuk hari tua kelak.

Setelah mengambil kira segala perbelanjaan harian termasuklah perubatan kelak, pengarang merasakan ia mungkin masih tidak mencukupi.

Ia belum lagi mengambil kira faktor kadar inflasi yang akan berlaku 30 tahun akan datang. Maka, saya merasakan perlunya untuk menambah wang simpanan sebagai langkah persediaan.

Sumber: pxfuel

2. Boleh Menjana Pendapatan Selepas Bersara

Dalam era globalisasi ini, sudah tentunya kita risau dengan cabaran hidup yang semakin mencabar ini.

Pernahkah anda terfikir apa yang anda ingin lakukan selepas bersara?

Sebagai seorang yang sudah biasa bekerja, saya sentiasa ingin melakukan sesuatu di masa lapang.

Saya melihat aktiviti pelaburan saham ini sebagai satu aktiviti yang boleh dianggap sebagai pekerjaan kerana ia memerlukan ilmu, teknik dan masa untuk mengkaji saham dan kemudiannya dengan cara yang betul kita akan mampu menjana pendapatan.

Antara perkara menarik mengenai pelaburan atau perdagangan saham ini ialah kita boleh membuat pelaburan dari mana-mana sahaja.

Kita hanya perlukan sebuah laptop dan juga internet untuk membolehkan kita melihat pasaran dan membuat belian.

Kita boleh melabur dari rumah, pejabat, kedai kopi, kedai mamak, dan mana-mana sahaja. Setelah membuat pembelian saham, kita pun boleh kembali ke rutin harian kita. Mudah bukan?

Sumber:  pxfuel

3. Ilmu Pelaburan Boleh Diwarisi

Sumber: pxfuel

Kita diajar bagaimana untuk membaca dan mengira di awal alam persekolahan. Kemudiannya kita diajar lagi dengan pelbagai subjek seperti matematik, sains, sejarah di peringkat sekolah menengah.

Ilmu yang tidak diajar di sekolah adalah ilmu pelaburan dan cara untuk menguruskan kewangan.

Sebagai seorang pelabur, saya berpendapat pentingnya mempunyai ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan kerana ilmu ini bukan sahaja untuk diri kita tetapi turut boleh diwarisi.

Sekiranya anda merupakan seorang ayah atau ibu, sebolehnya didik lah anak-anak anda dengan ilmu yang mahal ini agar mereka lebih bersedia untuk menghadapi dunia di masa hadapan.

Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Ilmu ini boleh di kongsikan kepada generasi-generasi seterusnya supaya ianya tidaklah terhenti setakat kita sahaja.

Sudah tentu kita juga mahukan anak-anak serta cucu-cucu kita turut berjaya, betul tak?

Untuk mempelajari ilmu pelaburan saham yang betul, anda wajib mencari guru yang bertauliah yang   telahpun berjaya membuat duit tebal hasil dari pelaburan saham.

Kesilapan ramai pelabur saham tidak kira di Malaysia dan luar negara, mereka hanya mempelajari ilmu asas saham melalui portal online dan buku rujukan sahaja.

Sebagai pemula untuk mula membeli dan menjual saham di Malaysia, anda boleh ikuti Webinar Senang Saham 2.0 Intensif anjuran The Kapital yang bakal menampilkan speaker tuan Iqbal Ilias.

Beliau merupakan seorang Technical Analyst (MSTA / CFTe) yang berpengalaman dalam mengajar ribuan pelabur saham  untuk mula kenal dengan dunia saham.

Untuk mendaftar, sila klik link ini : Webinar Senang Saham 2.0 (Intensif)

Sumber Rujukan :

  • Astro Awani
  • Harian Metro

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

https://www.youtube.com/embed/v21VKzZiUHo

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share592ShareSend

Related Posts

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim
Fundamental Analisis

3 Buah Syarikat Di Bursa Malaysia Dimiliki Oleh Dato’ Dr Karim

2 years ago
Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST
Inspirasi

Pengalaman Dapat 6% (24 jam) Dalam Saham Dengan Teknik BTST

2 years ago
Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun
Inspirasi

Hanya Perlu 6% Sebulan Untuk Pulangan 100% Setahun

2 years ago
Ibu Bapa Main Peranan Utama Terap Ilmu Pelaburan Pada Anak
Inspirasi

Ibu Bapa Main Peranan Utama Terap Ilmu Pelaburan Pada Anak

2 years ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2022 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In