• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih MR D.I.Y Naik Kepada RM150.32 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Mr D.I.Y. Group (M) Bhd pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 meningkat kepada RM150.32 juta daripada RM135.19 juta dalam tempoh sama pada tahun lepas. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, katanya perolehan turut naik 4.9 peratus tahun ke tahun kepada RM1.10 bilion daripada RM1.05 bilion sebelum ini, didorong oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.

“Oleh itu, jumlah urus niaga meningkat 13.1 peratus tahun ke tahun kepada 40.9 juta urus niaga pada suku kedua tahun kewangan 2023.

“Kumpulan membuka 43 kedai baharu pada suku tahun tersebut, menjadikan jumlah keseluruhan kedai kepada 1,168 pada separuh pertama tahun kewangan 2023 — naik 17.6 peratus tahun ke tahun berbanding tempoh sama pada tahun kewangan 2022,” katanya. 

Mengenai prospek, Mr D.I.Y. berkata kumpulan kekal yakin untuk terus mencatatkan pertumbuhan jangka panjang yang mampan.

“Kumpulan akan terus melabur dalam pertumbuhan melalui strategi pengembangan kedai yang membolehkannya menembusi pusat pasaran dan bandar yang lebih kecil dengan lebih luas untuk memenuhi keperluan pembeli, yang akan memacu pertumbuhan.

“Pertumbuhan kumpulan akan dibiayai oleh aliran tunai operasi dan kedudukan lembaran imbangan tunai bersih yang kukuh, yang juga akan menyokong dasar pembayaran dividen yang baik,” katanya.

Menurut Mr D.I.Y., kumpulan berada di landasan yang baik untuk membuka sekurang-kurangnya 180 kedai baharu, menjadikan jumlah rangkaian kedai kepada lebih 1,200 kedai di seluruh negara.

Dalam makluman berasingan, ia mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak RM0.008 sesaham biasa, kira-kira RM75.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023, yang akan dibayar pada 22 Sept 2023.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong berkata pertumbuhan stabil pada suku kedua tahun kewangan 2023 memberi petunjuk kukuh bahawa nilai untuk wang Mr D.I.Y. adalah relevan dan selaras dengan pembeli yang mementingkan nilai hari ini. 

“Kami juga gembira dengan kemajuan ketara dalam margin keuntungan kami yang pulih walaupun menghadapi cabaran operasi semasa, merupakan petunjuk yang meyakinkan mengenai kekuatan dan daya tahan perniagaan,” katanya.

— BERNAMA

TAG: Mr D.I.Y., keputusan, Adrian Ong, dividen

Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In