KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) — Scientex Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang melonjak sebanyak 24.3 peratus kepada RM109.78 juta bagi suku ketiga tahun kewangan 2023 (S3 TK2023) berbanding suku yang sama sebelumnya, didorong oleh permintaan kukuh untuk hartanah mampu milik di seluruh pembangunannya di beberapa negeri di Malaysia.
Pengilang pembungkusan dan pemaju hartanah itu berkata dalam satu kenyataan, hasilnya kekal stabil pada RM997.11 juta berbanding RM993.84 juta sebelum ini, memandangkan prestasi bahagian hartanah yang kukuh membantu mengimbangi cabaran yang dihadapi oleh bahagian pembungkusan berikutan permintaan pasaran yang lebih perlahan di seluruh dunia, yang ‘menyerlahkan daya tahan model teras berkembarnya’.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Lim Peng Jin berkata bahagian hartanah mencatat pertumbuhan 48.1 peratus dalam hasil kepada RM361.7 juta daripada RM244.2 juta sebelumnya, hasil pengebilan kemajuan yang lebih tinggi daripada projek yang sedang dijalankan di Kundang, Selangor, Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan Pulai di Johor.
“Bahagian hartanah kami telah memacu pertumbuhan kumpulan secara keseluruhan, didorong oleh jualan rumah mampu milik yang lebih tinggi dan kemajuan pembinaan yang sihat merentasi pembangunannya di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.
“Dengan memanfaatkan Sistem Bangunan Berindustri (IBS) yang cekap dan pengalaman yang luas, kami berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi rumah mampu milik di Malaysia,” katanya.
Sehingga 30 April, 2023, Scientex berkata projek pembangunan yang sedang dijalankan dalam nilai pembangunan kasar berjumlah RM3.7 bilion, yang terdiri terutamanya daripada hartanah kediaman bertanah mampu milik.
Bahagian pembungkusannya kekal berdaya tahan walaupun mencatatkan hasil yang lebih rendah sebanyak RM635.4 juta berbanding RM749.7 juta sebelumnya, disebabkan permintaan yang menyederhana untuk pembungkusan.
Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersihnya meningkat 13.5 peratus kepada RM323.25 juta berbanding RM284.89 juta sebelumnya, manakala hasil meningkat 4.6 peratus kepada RM3.01 bilion daripada RM2.87 bilion hasil sumbangan yang lebih tinggi daripada bahagian pembangunan hartanah .
Scientex juga mengisytiharkan dividen interim sebanyak lima sen sesaham untuk TK2023, yang akan dibayar pada 21 Julai, 2023.
Mengenai prospeknya, Scientex komited untuk mengukuhkan asasnya dalam bahagian pembungkusan, meningkatkan kecekapan operasi, mengurus kos dan pembaziran dengan lebih berkesan, kata Lim.
“Selain itu, pelaburan dan inisiatif pengembangan kami yang berterusan bertujuan untuk memenuhi bidang pertumbuhan produk yang semakin inovatif dan nilai tambah, yang mana permintaan untuk pembungkusan khusus, berfungsi dan dihasilkan secara mampan akan terus meningkat,” katanya sambil menambah kumpulan itu optimis dengan berhati-hati terhadap prestasi yang agak stabil bagi tahun kewangan semasa.
— BERNAMA
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!
Siap dapat diskaun Early Bird!