• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Teruskan Aliran Menaik Pada Pembukaan Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lemah. 

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.72 mata atau 0.44 peratus kepada 1,523.72 daripada 1,530.44 semasa ditutup pada Selasa.  

Ia dibuka rendah 5.81 mata kepada 1,524.63. 

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 268 berbanding 168 manakala 266 kaunter tidak berubah, 1,570 tidak diniagakan dan lima yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 302.50 juta unit bernilai RM168.91 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata lanjutan daripada peningkatan semula semalam dijangka dapat dilihat dalam sektor terpilih hari ini berikutan kerajaan telah mencadangkan tiga lagi destinasi percutian untuk dibuka semula di bawah gelembung pelancongan domestik berikutan penurunan jumlah kes COVID-19 yang aktif.

“Cadangan tiga lagi destinasi di bawah gelembung pelancongan domestik, yang menunjukkan pembukaan semula ekonomi seterusnya, memberi prospek yang baik kepada sektor yang mencatatkan pemulihan seperti penerbangan, pelancongan dan pengguna.

“Sementara itu, berdasarkan momentum positif sektor teknologi, kami menjangka minat belian akan meningkat sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat,” katanya.

Pada Selasa, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri mengumumkan bahawa Genting Highlands, Melaka dan Pulau Tioman bakal menjadi destinasi baharu bagi pelaksanaan gelembung pelancongan negara.

Katanya destinasi tersebut mungkin dibuka semula untuk menerima pengunjung bermula 1 Oktober.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank dan TNB, masing-masing naik lima sen kepada RM8.10 dan RM9.87 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.02, Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada RM7.91 dan IHH Healthcare susut tiga sen kepada RM6.57. 

Daripada saham aktif, Tanco meningkat satu sen kepada 25 sen, Bintai Kinden naik 4.5 sen kepada 61.5 sen, Kejuruteraan Asastera menambah dua sen kepada 39.5 sen, Fintec tidak berubah pada dua sen dan Serba Dinamik merosot setengah sen kepada 36 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 38.66 mata kepada 11,183.74, Indeks FBMT 100 susut 38.68 mata kepada 10,893.10, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 30.13 mata kepada 12,167.75, FBM 70 turun 16.19 mata kepada 14,821.31 dan FBM ACE merosot 18.43 mata kepada 6,977.19. 

Mengikut sektor, Indeks Perladangan jatuh 23.83 mata kepada 6,260.99, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.02 mata kepada 196.50 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 121.08 mata kepada 15,133.12. 

— BERNAMA

Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In